suria

Para suami ambil perhatian! Jangan suruh isteri hamil buat 6 kerja rumah ini, termasuklah spray racun serangga

Mengecat rumah.

KEBANYAKAN wanita pasti akan tetap melakukan kerja harian di rumah seperti mengemas, mencuci serta memasak meskipun sedang berbadan dua.

Sebenarnya terdapat beberapa kerja rumah yang tidak boleh dilakukan kerana ia boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi yang sedang dikandungnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak bimbang ibu bapa, datuk dan nenek alami sakit sendi? Ketahui apa yang diperlukan untuk atasi penyakit ini

Kehamilan membuatkan berat badan wanita bertambah dan saat janin membesar, tubuh ibu juga turut membesar. Ini membuatkan mereka sukar bergerak terutamanya ketika melakukan kerja rumah.

Itulah sebabnya terdapat beberapa tugas wanita di rumah yang tidak boleh mereka lakukan dan para suami perlu mengambil perhatian.

1. Angkat barang berat

Memindahkan atau mengangkat barang berat tidak boleh sama sekali dilakukan oleh ibu mengandung. Ia dapat meningkatkan risiko sakit otot, penyakit hernia, berat badan bayi rendah selain boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

2. Membersihkan sampah

Ibu hamil tidak disarankan untuk membersihkan tempat sampah bagi menghindari risiko toksoplasmosis iaitu jangkitan pada manusia yang disebabkan oleh parasit akibat kontak dengan sampah.

Lebih membahayakan, si ibu dapat memindahkan jangkitan itu kepada janin dan saat dilahirkan bayi boleh mengalami masalah seperti cacat penglihatan dan kecacatan otak.

3. Duduk atau berdiri terlalu lama

Pelbagai pekerjaan rumah yang menuntut ibu hamil untuk duduk atau berdiri terlalu lama dan perkara itu harus dielakkan. Sebabnya, ia dapat menyebabkan masalah pada pembuluh darah dan membuatkan pergelangan kaki bengkak.

4. Aktiviti dengan risiko terjatuh

Selepas trimester pertama, perut ibu hamil akan semakin membedar sehingga pusat graviti tubuh akan mengalami pergeseran. Hindari pekerjaan rumah yang mampu meningkatkan risiko terjatuh demi menjaga keselamatan anda dan bayi.

5. Membunuh hama dengan racun serangga

Takut atau jijik dengan kehadiran hama atau serangga perosak seperti lipas dan semut di rumah? Demi keselamatan, jangan sesekali cuba membunuh mereka dengan racun serangga. Ibu hamil yang menghidu semburan racun serangga boleh membahayakan kesihatan.

6. Mengecat rumah

Jika ibu hamil ingin mengecat dinding rumah, sebaik-baiknya tunggu sampai bayi dilahirkan. Cat akan mengeluarkan wap ketika ia disapu ke dinding. Jika terhidu ia boleh membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain