SELEPAS makan tengah hari, pasti ramai antara kita yang akan rasa mengantuk, bukan? Sudahlah mata rasa nak terpejam, kerja di pejabat pula masih belum diselesaikan, memang masalahlah jadinya! Sebenarnya rasa mengantuk itu memang ada kaitan dengan makanan dan minuman yang kita ambil.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan cuba kerana ia popular, ketahui 4 perkara mengenai Intermittent Fasting Berikut adalah beberapa jenis makanan dan minuman yang ternyata berpotensi membuatkan anda berasa mengantuk pada waktu siang. Seleksi makanan dan minuman ini sebenarnya lebih baik diambil pada waktu malam terutamanya bagi yang mempunyai masalah tidur. 1. Kiwi Buah kiwi memang sedap - rasanya yang masam-masam manis, cukup sesuai sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari. Bagaimanapun kajian menunjukkan kandungan serotoin dalam kiwi akan membuatkan anda rasa mengantuk. Selain itu, kandungan antioksidan seperti vitamin C dan karotenoid juga sedikit sebanyak bakal membuatkan anda rasa seperti mahu tidur. 2. Teh Chamomile Kandungan antioksidan yang tinggi serta kadar kalori menjadikan teh ini minuman terbaik sebelum tidur. Minum segelas teh chamomile akan membantu membuatkan seseorang berasa lebih tenang dan tidur dengan nyenyak. Teh Chamomile mengandungi glycine yang boleh membuatkan anda berasa tenang, tetapi minum pada waktu tengah hari mungkin boleh membuatkan anda terlebih 'rileks'. 3. Nasi putih Nasi adalah makanan wajib rakyat Malaysia dan kita sekurang-kurangnya akan makan nasi dua kali sehari. Namun kandungan karbohidrat dan kalori dalam nasi boleh membuatkan seseorang cepat mengantuk. Peningkatan triptofan serta serotonin dalam darah juga mendorong seseorang berasa mengantuk terutamanya pada waktu siang. 4. Selada (Lettuce) Selada atau lebih dikenali sebagai salad mengandungi laktucaria yang mempunyai sifat sedatif dan mempunyai kesan yang sama pada otak. Sekiranya anda menghadapi masalah tidur pada waktu malam, cubalah makan salad. Anda juga boleh membuat minuman dari salad rebus dengan menambah segelas air dan dua helai daun pudina. Minum sebelum tidur. 5. Pisang Pisang boleh buat seseorang mengantuk kerana ia mengandungi kalium dan magnesium yang boleh membuatkan saraf dan otot lebih rileks. Pisang juga mengandungi vitamin B6 yang mengubah triptofan menjadi serotonin yang membuatkan kita berasa tenang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!