PERUT kembung berlaku ketika anda berasa bahagian abdomen seperti bengkak atau membesar. Biasanya ia terjadi disebabkan penghasilan gas atau masalah penghadaman selepas makan. Keadaan itu bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan, namun perut kembung dapat membuatkan seseorang tidak selesa dan kepenatan.ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa selepas makan tengah hari mesti mengantuk ya? 5 makanan ini mungkin penyebabnya! Sebenarnya terdapat beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan masalah perut kembung termasuklah; 1. Minuman berkarbonat Minuman berkarbonat merupakan penyebab perut kembung paling biasa. Minuman itu mengandungi gas karbon dioksida dalam jumlah yang tinggi. Ini membuatkan gas itu akan memenuhi ruang perut jika diminum berlebihan. 2. Gandum Makanan berasaskan gandum seperti roti, pasta, pizza, kuih-muih dan sebagainya boleh menjadi penyebab masalah tersebut. 3. Brokoli Brokoli adalah sayuran yang sihat tetapi ia dapat menyebabkan perut kembung. Ia dapat menghasilkan gas yang memenuhi ruang perut sekali gus menyebabkan perut kembung. 4. Bawang bombay Pengambilan bawang bombay atau bawang putih meskipun dalam jumlah kecil dapat mengakibatkan masalah sama. Bawang bombay terutamanya adalah salah satu sumber makanan utama fruktan, iaitu serat larut yang memicu perut kembung. 5. Produk tenusu Produk tenusu seperti susu, keju, yogurt, mentega mengandungi laktosa. Bagi orang yang mempunyai masalah intoleransi laktosa, produk ini dapat menyebabkan masalah pencernaan seperti perut kembung, kekejangan dan cirit-birit. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!