PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) dalam kajian terbaharunya menjelaskan sejumlah besar kes Covid-19 disebarkan oleh individu yang tidak mempunyai gejala. CNN melaporkan, CDC dalam kajiannya mendapati 50 peratus daripada semua jangkitan di Amerika adalah ditularkan oleh individu yang tidak menunjukkan gejala meskipun kebiasaannya pembawa virus itu akan mengalami demam, batuk, kehilangan deria bau dan kesukaran bernafas.ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin 6-dalam-1 untuk bayi dan kanak-kanak... Apa ibu bapa perlu tahu Ini bermaksud ia menyumbang lebih daripada separuh daripada semua jangkitan yang berlaku baru-baru ini dan individu ini mungkin tidak menyedari bahawa mereka menyebarkannya kepada orang lain. Sementara itu, penyelidikan menunjukkan bahawa orang tanpa gejala pada umumnya kurang menular daripada mereka yang mengalami gejala memandangkan tiada gejala tertentu membuatkan mereka kurang berhati-hati dan merasakan tidak akan menjangkiti sesiapa. Bagaimanapun tidak jelas berapa lama orang tanpa gelaja ini dapat menyebarkan virus itu namun dalam satu kes, seorang pesakit berusia 71 tahun didapati positif selepas melakukan ujian selama 100 hari berturut-turut tanpa menunjukkan sebarang gejala. Penting memakai pelitup muka terutamanya ketika berada di tempat awam bagi melindungi diri daripada Covid-19. "Kami berpendapat sekurang-kurangnya pada hari ke-70, pesakit ini dapat menyebarkan virus ini kepada orang lain," kata ahli virologi, Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional Amerika Syarikat, Vincent Munster. Atas sebab itu, pentingnya kita memakai topeng muka apabila berada di tempat awam yang mampu mencegah penyebaran lendir atau air liur yang membawa virus. Sekiranya tidak memakai topeng muka, zarah-zarah kecil ini dapat terbang melalui udara dan disedut oleh orang lain sehingga menyebabkan Covid-19 menjangkitinya. Selain topeng muka, protokol kesihatan lain seperti menjaga kebersihan, menjaga jarak serta kerap mencuci tangan adalah sangat disarankan dalam membendung penularan virus ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!