WANITA adalah tulang belakang dalam kesejahteraan keluarga dan masyarakat. Tanpa mengira status anda sebagai nenek, ibu atau anak, wanita memberi sumbangan besar kepada pembangunan dan ekonomi negara. Sama ada anda sebagai ibu yang bekerja mahupun suri rumah, banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan setiap hari. Dari kerja-kerja rumah hingga menguruskan keluarga, sekali gus memberi kesukaran kepada wanita mencari keseimbangan dan masa yang sesuai untuk menguruskan diri mereka. Oleh itu, menjadi sihat dan kekal aktif adalah keutamaan wanita seiring dengan peningkatan usia. Seiring itu, National Wellness Movement atau Kempen Kesejahteraan Nasional dirangka dengan hala tuju ke arah revolusi kesejahteraan khusus untuk rakyat Malaysia. Inisiatif bersepadu ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan dan bermatlamat dalam mendidik masyarakat mengenai betapa mudahnya untuk kekal sihat. Semakin anda berusia, lapisan epidermis dan dermis pada kulit menjadi nipis dan lapisan subkutan, juga dikenali sebagai tisu lemak berkurangan, sekaligus menyebabkan kulit hilang kelembutan dan kehalusannya. Garisan dan kedutan kemudian akan mulai terbentuk berikutan kekurangan serat elastin yang selama ini memberikan kekuatan, keanjalan dan kolagen pada kulit. Walaupun penuaan kulit disebabkan oleh kombinasi faktor genetik dan persekitaran, namun masih terdapat harapan untuk melindungi kulit anda. Dengan mengurangkan risiko persekitaran seperti mengehadkan pendedahan cahaya matahari dan menggunakan pelindung cahaya matahari ketika berada di luar rumah, anda dapat menyegarkan badan dengan diet sihat yang kaya dengan nutrien penting seperti Vitamin A, C dan E. Selain mengamalkan rutin penjagaan kulit dalaman dan luaran, kolagen ikan dan asid lemak omega-3, masing-masing membantu menggalakkan pembaikan dan mencegah kekeringan kulit. Ceriakan kehidupan anda dengan kulit dan rambut yang lebih sihat. Rangkaian Blackmores Beauty Enhancer adalah sesuatu yang seharusnya anda berikan tumpuan kerana ia bermanfaat kepada golongan wanita. Anda berdepan masalah kulit yang semakin kering? Formulasi yang mengandungi ekstrak buah delima 'nanonised' (ViQua) yang membantu untuk mencerahkan warna kulit, buah beri sea buckthorn membantu untuk mencegah kehilangan kelembapan, zaitun pula dapat melindungi kulit dari pembentukan kedekut dan buah amla mampu membuatkan kulit anda kembali bersinar. Mahu mengembalikan kesegaran pada kulit anda? Formulasi yang mengandungi 10,000mg kolagen membantu membina asas dan struktur kulit yang kuat, manakala ekstrak biji anggur dapat mencegah kulit menjadi gelap dan melindungi kolagen daripada rosak. Penambahan Vitamin E juga didapati berupaya menyempurnakan kesegaran kulit. Bagaimana pula dengan keperluan untuk menguatkan dan menyegarkan rambut anda? Bagi mereka yang bimbang kerana sering menggunakan alat penata rambut, disarankan untuk mengambil formulasi yang mengandungi ekstrak buah mulberi, rebung, sekoi, teh putih dan buah beri sea buckthorn laut bagi membantu menangani masalah rambut kusam, lemah dan rapuh, sekaligus menghasilkan mahkota wanita yang ikal mayang serta berseri-seri. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-5022 8238, Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!