suria

Gula rendah kalori tingkat risiko penyakit jantung? Bagaimana pula kesan manisan gantian

Kajian mendapati gula rendah kalori meningkatkan risiko penyakit jantung.

MENGURANGKAN minuman berkarbonat, jus serta kopi mungkin dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Bagaimanapun, terdapat risiko jika ada yang mencari pengganti rasa manis daripada gula rendah kalori.

Sebuah kajian mendapati, individu yang mengambil minuman dengan gula rendah kalori memiliki risiko tinggi terkena penyakit jantung. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of American College of Cardiology.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesekali apa kata tinggalkan nasi lemak, 5 menu sarapan pagi ini pelancar buang air besar

Dalam kajian ini, kumpulan pengkaji melihat data pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan status kesihatan daripada 104,760 responden.Hasilnya mereka mendapati responden yang mengambil minuman manis berdepan risiko terkena penyakit berkaitan kardiovaskular.

Manakala responden yang mengambil minuman dengan gula rendah kalori (aspartam, stevia, sucralose) juga memiliki risiko sama banyak dengan pengambilan gula biasa.



Penyakit jantung adalah pembunuh utama di dunia.

"Kajian ini mendapati minuman menggunakan manisan tiruan mungkin bukan pengganti yang sihat malah memberi risiko sama," kata ketua penyelidikan itu, Eloi Chazelas dari Universiti Paris North.

Jelas Eloi lagi, data diperolehi itu dapat menjadi hujah tambahan bagi peraturan dan label minuman manis baik menggunakan gula biasa atau pun yang rendah kalori," katanya.

Bagaimanapun kata Eloi, penggunaan gula rendah kalori dalam jumlah sederhana dan terkawal dapat membantu mereka yang mempunyai penyakit diabetes bagi mengawal kandungan gula dalam badan selain mereka yang sedang mengikuti program diet.

"Paling penting, apa sahaja yang kita minum atau makan ia haruslah dilakukan secara sederhana," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain