suria

Betul atau salah... Covid-19 sebabkan mati pucuk dalam kalangan lelaki?

Ada dakwaan mengatakan Covid-19 dapat menyebabkan masalah mati pucuk.

ADA berita buruk bagi golongan lelaki yang dijangkiti Covid-19 kerana virus itu dikatakan boleh mengakibatkan masalah mati pucuk!

Dalam sebuah temu bual baru-baru ini, seorang doktor, Dr. Dena Grayson menjelaskan dalam tempoh jangka panjang, kesan virus itu dapat membuatkan lelaki mengalami masalah seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Otot paha Amira Othman koyak, Dr Say Shazril jelaskan bagaimana organ dalaman boleh rosak - “Janganlah hari pertama bersenam terus masuk gear lima”

"Kita tahu bahawa bekas pesakit Covid-19 akan mengalami kesan kesihatan jangka panjang termasuklah komplikasi neurologi. Mati pucuk dalam kalangan lelaki juga adalah salah satunya.

"Ini kerana virus berbahaya itu memicu masalah pada pembuluh darah. Ini bererti virus ini bukan sahaja membunuh tetapi berpotensi menyebabkan masalah lain seumur hidup," katanya.

Bagi yang masih samar-samar tentang 'kehebatan' virus ini, ia akan menyebabkan masalah paru-paru, kegagalan organ serta membawa maut.



Covid-19 memang dapat meninggalkan kesan jangka panjang kepada bekas pesakit.

Namun masih ada segelintir yang menganggap ia tidak berbahaya dan mengabaikan SOP ditetapkan seperti menjaga penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka dan sebagainya.

Berbalik kepada persoalan sebelum ini, bagaimana Covid-19 dapat mempengaruhi seksual seorang lelaki? Apakah ada bukti di sebalik kenyataan Dr. Dena itu?

Memang bukan mudah untuk membuktikan berapa ramai bekas penghidap Covid-9 yang mengalami mati pucuk tetapi sebuah kajian yang diterbitkan pada Julai lalu menerusi Journal of Endocrinological Investigation turut menyebut perkara sama.

Ia semuanya berbalik kepada proses penegangan zakar itu sendiri iaitu pengaliran darah ke organ tersebut.

Secara umumnya, Covid-19 mempengaruhi aliran darah termasuk ke organ-organ penting ini termasuklah ke bahagian zakar yang mampu memberi kesan kepada eraksi.

Bagaimanapun masih banyak kajian yang dilakukan bagi membuktikan tentang teori tersebut. Tetapi jika benar, ini juga adalah peringatan bahawa kematian bukan satu-satunya yang perlu dibimbangkan.

Sebaliknya, bagi yang terselamat ia masih boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius untuk jangka masa panjang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain