suria

Teknologi nanoe X dalam pendingin hawa Panasonic mampu halang 5 pencemaran termasuk virus korona

Panasonic memiliki 38 model pendingin hawa nanoe X dan sedang memperluas rangkaian produk mereka yang menampilkan teknologi itu.

VAKSIN Covid-19 yang dijangka mula diterima oleh penduduk Malaysia pada tahun 2021 diharap dapat mengekang penularan wabak berbahaya itu.

Dalam menanti kehadiran vaksin, kita juga dinasihatkan supaya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan sewajarnya.

Dalam pada itu, syarikat teknologi gergasi dari Jepun, Panasonic tampil berkolaborasi dengan organisasi penyelidik berpangkalan di Paris, Perancis iaitu Texcell dalam penghasilan Panasonic nanoe X.

Apa itu Panasonic nanoe X? Ia sebenarnya teknologi yang menggunakan radikal hidroksil untuk menghalang novel koronavirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.

SARS-CoV-2 turut dikaitkan dalam kelompok sama yang menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan beberapa jenis selsema biasa.

Texcell yang pakar dalam pengujian viral mengesahkan bahawa teknologi Panasonic nanoe X mempunyai kesan untuk menyekat SARS-CoV-2.

Teknologi ini menggunakan radikal hidroksil untuk menghalang novel koronavirus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.

Dalam ujian tersebut, Texcell mendedahkan sekeping kain kasa yang tepu dengan larutan virus SARS-CoV-2 dan penjana nanoeX dari jarak 15 sentimeter diletakkan dalam kotak 45 liter selama dua jam.

Hasilnya, ia berjaya menyekat 99,99% aktiviti SARS-CoV-2 dalam masa dua jam.

Pengionan nanoe X untuk menghasilkan "zarah-zarah air bersaiz nano" dibangunkan oleh Perbadanan Panasonic.

Ia merupakan teknologi atomisasi elektrostatik yang mengumpulkan kelembapan yang tidak dapat dilihat di udara dan menggunakan voltan tinggi untuk menghasilkan "radikal hidroksil yang terkandung di dalam air".

Faktor penentu adalah dengan adanya radikal hidroksil di dalam nanoe X yang mana radikal hidroksil dicirikan oleh oksidatif yang kuat dan cukup reaktif.

"Panasonic telah menjalankan penyelidikan mengenai teknologi ini sejak tahun 1997 untuk menawarkan udara yang berkualiti dan mewujudkan kehidupan yang lebih baik bagi pelanggan kami," kata Pengurus Besar Kumpulan Jabatan Penjualan Panasonic Air-Conditioning Malaysia, Stephen Eric Khan.

Tambahnya, teknologi nanoe ini adalah teknologi ion yang dipatenkan oleh Panasonic sendiri.

Texcell yang pakar dalam pengujian viral mengesahkan bahawa teknologi Panasonic nanoe X mempunyai kesan untuk menyekat SARS-CoV-2.

“Pada dasarnya ia adalah fungsi untuk membersihkan udara yang dikembangkan bagi menawarkan udara yang berkualiti. Ketika pandemik, ramai menganggap ancaman kesihatan itu berada di luar rumah semata-mata.

"Ia tidak tepat kerana pencemaran dalaman boleh menjadi jauh lebih bahaya daripada yang kita fikirkan," katanya lagi.

Bercerita mengenai kunci utama teknologi itu, Khan berkata ia merupakan produk berasaskan air, dicipita dengan kuantiti tinggi iaitu 4.8 trilion radikal hidroksil yang dijana per saat dan tinggi kepekatannya.

Teknologi nanoe X tersedia pada pendingin hawa dan penjana keluaran Panasonic.

Tambahnya lagi, nanoe X menghalang lima jenis pencemaran iaitu bakteria dan virus; acuan; bahan penyebab alergi; debunga; dan bahan berbahaya serta mampu menghilangkan bau yang kuat dan mengekalkan kelembapan pada kulit dan rambut.

"Ia tidak hanya menghalang virus dan bakteria dalam udara, tetapi virus yang ada pada perabot. Disebabkan ia bersaiz nano, ia dapat menembusi jauh ke dalam barang seperti kain, sofa atau tirai, ” katanya.

Sementara itu, Panasonic turut mempromosikan teknologi nanoe X ciptaan mereka untuk kedai runcit demi menjaga kebersihan udara dalaman mereka.

"Dalam penularan pandemik Covid-19, masyarakat sekarang waspada ketika menghirup udara di luar.

"Kami berkongsi teknologi ini untuk memberi tahu orang ramai mengenai manfaatnya. Kami mahu teknologi ini tersedia di mana sahaja dan supaya orang berasa selamat di rumah serta di kawasan komersial.

Teknologi nanoe X menghalang lima jenis pencemaran.

"Ini adalah sebahagian daripada kempen kami untuk kesejahteraan pelanggan, sesuai dengan slogan Panasonic iaitu Udara Berkualiti Untuk Kehidupan (Quality Air For Life)," kata Khan lagi.

Bagi mereka yang berminat, teknologi nanoe X tersedia pada pendingin hawa dan penjana keluaran Panasonic.

Pada masa ini, Panasonic memiliki 38 model pendingin hawa nanoe X dan sedang memperluas rangkaian produk mereka yang menampilkan teknologi itu.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh lawati pautan laman sesawang Panasonic Nanoe X.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain