suria

Ketahui penyebab mulut sering rasa pahit, hilang deria rasa ketika sakit

Hilang deria rasa ketika sakit adalah perkara biasa.

PERASAN tak ketika kita sakit, mulut pasti akan terasa pahit. Rasa pahit itu boleh membuatkan pesakit berasa tidak berselera makan.

Ini kerana makanan yang masuk ke dalam mulut akan berubah menjadi pahit, tawar dan dalam sesetengah keadaan ia akan berasa pelik. Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai dsygeusia atau perubahan deria rasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain Covid-19, terdapat 5 penyakit pelik dilaporkan sepanjang 2020

Penyebab mulut terasa pahit ini boleh berpunca daripada sakit disebabkan jangkitan kuman seperti demam panas, selesema atau sakit tekak. Selain itu, kehamilan dan kesan sampingan rawatan kimoterapi boleh menyebabkan perkara sama.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Monell Chemical Senses Center di Amerika Syarikat pada 2015 berjaya memecahkan teka-teki kepada keadaan itu.



Ketika sakit, biasanya kita akan hilang selera makan kerana mulut berasa pahit.

Penyelidik menyimpulkan, perubahan deria rasa ketika sakit dipengaruhi protein daripada sistem imuninasi tubuh yang dikenali sebagai tumor necrosis factor (TNF).

Seperti diketahui, tubuh akan melepaskan zat kimia yang disebut sitokin ketika berlakunya jangkitan dan keradangan. Sitokin atau protein yang membantu sel daya imunisasi ini membantu tubuh kita melawan penyakit.

Pelepasan protein TNF tersebut dapat meningkatkan kepekaan rasa sehingga adakalanya mulut akan terasa lebih pahit berbanding biasa. Selain itu, penyebab mulut terasa pahit juga disebabkan penyakit tertentu membuat pesakit tidak peka terhadap bau.

Mulut pahit ketika sakit biasanya akan berterusan selama beberapa hari dan tidak memerlukan rawatan tertentu. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya seiring dengan sakit yang sedang dialami ketika itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain