suria

Selain Covid-19, terdapat 5 penyakit pelik dilaporkan sepanjang 2020

Covid-19 bukan satu-satunya penyakit yang menyerang manusia pada 2020.

TIDAK dapat disangkal lagi, Covid-19 merupakan penyakit paling memberi kesan sepanjang 2020. Namun, tahukah anda terdapat beberapa penyakit lain yang dianggap aneh turut berlaku pada tahun ini?

Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah penyakit aneh yang dilaporkan sepanjang 2020 selain Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu sakit kepala belah kanan? Gangguan saraf, kesan sampingan ubat mungkin puncanya

1. Kencing hijau

Seorang lelaki berusia 62 tahun di Chicago, Amerika Syarikat ketika kencing mendapati air kencingnya berwarna hijau.

Dalam kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati, air kencing berwarna hijau ini terjadi disebabkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Dilaporkan, beberapa hari sebelumnya, lelaki tersebut diberi ubat bius dikenali sebagai propofol. Warna air kencing lelaki itu bagaimanapun kembali normal selepas pengaruh ubat itu hilang.



Terdapat beberapa penyakit berlaku yang tak dapat dijelaskan.

2. Batu kapur pada usus

Seorang wanita dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah. Selepas pembedahan diakukan, doktor menemui batu kapur berukuran 4 sentimeter di dalam ususnya.

Berdasarkan laporan jurnal BMJ Case Reports, batu kapur itu hidup dan membesar dalam tubuh wanita itu hampir sepanjang hidupnya.

3. Air kencing bertukar alkohol

Air kencing seorang wanita berubah menjadi alkohol padahal wanita itu tidak pernah mengambil sebarang minuman keras beberapa hari sebelumnya.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat kuman dalam air kencingnya sehingga berlaku proses penapaian glukosa menjadi alkohol.

4. Organ bergerak

Normalnya, organ dalam badan manusia berada di tempat sama setiap masa. Namun, berbeza dengan keadaan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat. Limpanya bergerak ke bahagian tubuh lain selama 48 jam.

5. Tiga ginjal

Seorang lelaki di Brazil mengejutkan doktornya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati dia mempunyai tiga ginjal.

Ginjal ketiga yang ditemui itu berada dalam keadaan normal dan terletak di bahagian kiri badan dan melekat berdekatan punggungnya.

Memiliki tiga ginjal merupakan perkara luar biasa tetapi boleh berlaku malah terdapat 100 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain