suria

Fakta... Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada waktu subur!

Lelaki juga mempunyai waktu subur tersendiri yang membantu meningkatkan peratusan kehamilan.

KITA biasa dengar, pasangan berkahwin yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata perlu mengambil kira waktu subur wanita.

Ini kerana ketika waktu subur wanita, peluang berlakunya kehamilan lebih tinggi jika hubungan seks dilakukan di antara dua ke tiga hari menjelang ovulasi sehingga sehari selepas ovulasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Semula jadi hambat virus... cendawan mampu lawan Covid-19, benarkah?

Tempoh waktu subur wanita boleh diketahui melalui ujian ovulasi, atau menghitung secara manual melalui kitaran haid.

Bagaimanapun, waktu subur lelaki juga sebenarnya memainkan peranan bagi pasangan mendapatkan cahaya mata. Jadi, masa bilakah lelaki paling subur?

The Asian Parent melaporkan terdapat beberapa bukti anekdot menunjukkan jumlah sperma lelaki lebih tinggi dan subur pada waktu pagi.



Kualiti sperma dan faktor usia lelaki turut memainkan peranan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Selain itu, pakar juga mengatakan faktor kualiti sperma lelaki perlu diteliti ketika sedang dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Ini termasuklah menjaga pola pemakanan sihat dan seimbang, berhenti merokok serta bersenam agar sperma berkualiti.

Dalam pada itu, faktor usia seorang lelaki juga memainkan peranan dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Your Fertility melaporkan wanita di bawah usia 35 tahun dan lelaki di bawah usia 40 tahun cenderung lebih subur berbanding yang melepasi usia tersebut.

Alasan mengapa waktu subur kaum lelaki dipengaruhi faktor usia, ia sebenarnya terkait dengan kualiti dan kuantiti sperma. Lelaki lebih muda memiliki sperma yang lebih aktif dan menghasilkan jutaan sperma baharu setiap hari.

Jumlah tersebut cenderung menurun seiring bertambahnya usia seorang lelaki, terutama yang melepasi usia 40 tahun dan ia boleh menjadi penyebab kepada pasangan mengambil masa lama untuk mendapatkan cahaya mata.

Berbanding pasangan yang berumur 25 tahun, rata-rata hanya memerlukan tempoh lima bulan untuk hamil.

Walaupun seperti ada batasan waktu kesuburan bagi seorang lelaki, namun masih ada yang memapu menghamilkan wanita meskipun usia sudah mencecah 80 tahun namun ia jarang berlaku.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain