MUSIM cuti akhir tahun ini berbeza bagi ramai orang berbanding tahun sebelumnya apatah lagi bagi yang masih single memandangkan ramai takut hendak bercuti ekoran kes Covid-19 masih tinggi. Terpisah daripada keluarga dan sahabat membuatkan ramai yang berasa sunyi apatah lagi terpaksa terperap di dalam rumah tanpa berbuat apa-apa.ARTIKEL BERKAITAN: Serba salah terpaksa mungkiri janji, guna 4 cara ini supaya tak rasa bersalah Jangan bimbang, sebenarnya ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menggembirakan diri sendiri, termasuklah; 1. Berkumpul secara virtual Tak dapat berjumpa keluarga atau kawan bukan alasan untuk tidak berhubungan dengan mereka sebaliknya teknologi hari ini seperti panggilan video boleh dilakukan bagi mengubat kerinduan. Pertemuan secara virtual adalah alternatif sederhana, efektif dan mudah untuk berkumpul bersama dan mampu mengurangkan rasa sunyi dalam diri. 2. Tetapkan rutin pagi Membuat rutin pada setiap pagi dapat mengubat rasa sepi ketika musim cuti ketika ini. Tidak perlu rutin yang luar biasa cukup sekadar menyiapkan sarapan atau melakukan senaman. Memiliki rutin tetap setiap hari dapat membantu meningkatkan kualiti hidup. 3. Cipta tradisi sendiri Rasa sunyi itu semuanya perasaan kita sendiri dan ia mampu diubah. Daripada terus bersedih, apa kata cipta tradisi sendiri yang boleh dilakukan setiap bulan atau tahun agar ia dapat mengingatkan anda pada momen-momen tertentu dalam hidup. Sebagai contoh tradisi menonton filem kegemaran atau menyediakan makan malam yang istimewa. Meskipun sendirian, ia mampu mengalihkan fokus anda kepada perkara lebih menggembirakan. 4. Luahkan kesepian anda Mungkin ramai di antara kita yang lebih gemar menyimpan sendiri rasa sepi tanpa bercakap kepada sesiapa. Namun sebenarnya jika ia diluahkan dapat membuatkan kita berasa lega dan mengurangkan rasa sepi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!