CENDAWAN adalah makanan yang mudah ditemui dan boleh dijadikan sebagai ulam atau dimasak pelbagai jenis hidangan. Rasanya bukan sahaja enak tetapi mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan termasuklah dikatakan mampu meningkatkan kekebalan sistem imunisasi bagi melawan Covid-19.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan biar diri merana... Ada sebab kenapa gigi bongsu perlu dibuang! Pakar naturopati, Dr. Jenny Bennett yang banyak memfokuskan kepada mediasi ketahanan tubuh menjelaskan cendawan shitake dan cendawan maitake mempunyai manfaat luar biasa terhadap sistem kekebalan tubuh manusia. "Terdapat banyak kajian bagaimana cendawan dapat mengurangkan aktiviti virus dan menurunkan jumlahnya di dalam badan," katanya seperti dilaporkan portal Eat This. Cendawan juga boleh dijadikan sebagai teh. Menerusi kajian yang dilakukan Mayo Clinic Book of Alternative Medicine, cendawan secara semula jadi akan menghambat enzim virus serta memperlambatkan virus masuk ke dalam tubuh manusia. Oleh itu, seseorang itu berkemungkinan tidak akan mengalami kesan yang teruk sekiranya terkena sesuatu jangkitan virus seperti Covid-19. Dr. Jenny menyarankan agar makan cendawan ketika seseorang merasakan diri mereka terkena sesuatu virus. "Anda akan mendapatkan kesannya jika makan cendawan ketika berasa sesuatu tidak kena pada tubuh, ia mampu mengurangkan gejala agar tidak menjadi lebih teruk," katanya. Dr. Jenny turut menyarankan agar membeli cendawan segar dan dimasak bersama sedikit mentega atau minyak. Malah cendawan boleh dijadikan teh yang cukup banyak khasiat jika airnya diminum. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!