suria

Tangan dan kaki sering berpeluh tanpa sebab? Ini mungkin penyebabnya

Tapak tangan berpeluh boleh menyebabkan seseroang berasa rendah diri apatah lagi bersalaman dengan orang lain.

TAPAK tangan dan kaki berpeluh biasanya berlaku ketika tubuh kita sedang berada dalam keadaan tertekan, mengalami gangguan emosi atau selepas bersenam.

Bagaimanapun, segelintir orang berpeluh di bahagian itu secara berlebihan meskipun tidak melakukan aktiviti berat atau berada dalam keadaan tertekan.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas lelaki! Tabiat simpan telefon dalam poket seluar boleh jejaskan kualiti sperma anda

Keadaan ini dapat mengganggu aktiviti harian sehingga menyebabkan penderitanya berasa malu dan enggan bersalaman kerana tangan mereka berpeluh.

Tangan atau kaki berpeluh secara berlebihan ini dikenali sebagai hiperhidrosis dan ia berlaku disebabkan telapak tangan dan kaki kita memiliki lebih banyak kelenjar peluh berbanding bahagian tubuh yang lain.

Penyebab ia berlaku kebiasaannya berbeza untuk setiap pesakit termasuk bergantung kepada jenis hiperhidrosisi primer atau sekunder.



Terdapat beberapa sebab mengapa tapak tangan dan kaki berpeluh berlebihan.

Hiperhidrosis primer

Seperti dijelaskan Mayo Clinic, hiperhidrosis primer adalah paling umum dan disebabkan oleh gangguan saraf yang menghantar signal kelenjar peluh menjadi aktif terutamanya jika seseorang berasa tertekan atau cemas.

Ia juga bileh disebabkan faktor keturunan dan jika ada ahli keluarga yang mengalaminya, ada kemungkinan ia akan berlaku kepada anda.

Hiperhidrosis sekunder

Sementara itu, hiperhidrosis sekunder pula terjadi apabila peluh berlebihan muncul kerana keadaan kesihatan atau gejala penyakit tertentu.

Penyebab telapak tangan dan kaki berpeluh disebabkan hiperhidrosis sekunder antara lain;

1. Diabetes

2. Menopause

3. Masalah tiroid

4. Gula darah rendah

5. Serangan jantung

6. Gangguan sistem saraf

7. Jangkitan kuman

8. Kesan sampingan ubat-ubatan

Cara mengatasi telapak tangan dan kaki berpeluh

Telapak tangan dan kaki berpeluh secara berlebihan boleh menyebabkan jangkitan pada kulit. Selain itu, penderita juga akan mengalami gangguan sosial dan emosi kerana memiliki tapak tangan dan kaki yang lembab.

Menurut American Academy of Family Physicians, cara mengatasi telapak tangan dan kaki berpeluh secara berlebihan perlu disesuaikan penyebab ia berlaku terutamanya jenis hiperhidrosis sekunder - pesakit perlu memastikan penyakit mereka terkawal.

Selain itu, doktor biasanya akan menyarankan pesakit menggunakan ubat sapu antiperspiran yang mengandungi aluminium klorida, suntikan toksin botulinum jenis A, pembedahan pemotongan saraf penyebab berpeluh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain