suria

Adakah anda termasuk dalam 4 golongan yang tidak boleh dapatkan suntikan vaksin Covid-19?

Terdapat golongan yang tidak boleh mengambil vaksin Covid-19.

VAKSIN Covid-19 sudah mula diedarkan ke pelbagai negara di seluruh dunia. Malah, beberapa negara sudah pun melakukan suntikan vaksin.

Terdapat dua jenis vaksin yang sudah mendapat kebenaran untuk edaran iaitu Moderna dan Pfizer.

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan dan kaki sering berpeluh tanpa sebab? Ini mungkin penyebabnya

Menurut pakar penyakit berjangkit dari Universiti Vanderbilt, Dr William Schaffner, kedua-dua jenis vaksin tersebut telah melalui proses pemeriksaan dan kajian yang ketat serta selamat digunakan manusia.

Menurut Cleveland Clinic, bagi membolehkan pandemik ini benar-benar terputus, dianggarkan 50 hingga 80 peratus populasi harus mendapatkan vaksin ini agar mencapai kekebalan berkelompok atau disebut herd immunity.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kelompok masyarakat yang tidak boleh menggunakan vaksin. Berikut adalah golongan tersebut;



Wanita mengandung, individu yang mengalami masalah elergi antara golongan yang tidak boleh mengambil suntikan vaksin Covid-19.

1. Masalah elergi

Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), ada beberapa orang yang pernah mengalami reaksi elergi selepas mendapatkan vaksin Covid-19.

Atas sebab itu, CDC menyarankan agar individu yang memiliki reaksi elergi yang buruk terhadap salah satu bahan dalam vaksin tersebut agar tidak mengambil suntikan itu.

2. Kanak-kanak

Vaksin Modeerna hanya dibenarkan untuk individu berusia 18 tahun ke atas, sedangkan Pfizer hanya untuk individu berusia 16 tahun ke atas.

Ketika ini, vaksin Covid-19 belum diteliti kesan dan impaknya pada kanak-kanak.

3. Memiliki gangguan imunisasi

Vaksin bertindak sebagai melindungi mereka yang memiliki kekebalan lemah atau termasuk dalam kategori berisiko tinggi. Bagaimanapun, individu yang sistem imunisasinya terganggu secara serius, menderita komplikasi kronik dapat mempengaruhi fungsi kekebalan vaksin.

Oleh itu, orang yang memiliki gangguan sistem imunisasi tidak disarankan untuk mengambil suntikan itu sehingga ada kajian mengenainya.

4. Wanita mengandung

Penyelidik percaya bahawa dos digunakan dalam vaksin Covid-19 mungkin tidak sesuai untuk kesihatan bayi yang sedang membesar dan dapat mengakibatkan kesan sampingan bagi wanita hamil.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain