suria

Jangan ambil mudah jika telinga berbau… Jom kenali 5 sebab dan cara mengatasinya

Telinga berbau boleh mengakibatkan masalah lain seperti jangkitan kuman dan bakteria.

BAU telinga yang busuk terutamanya di bahagian belakang cuping mungkin dianggap perkara biasa tetapi sebenarnya ia tidak normal.

Telinga yang berbau membuka risiko seseorang terkena jangkitan serta gangguan pendengaran. Bau tersebut muncul disebabkan beberapa perkara dan ramai tidak menyedari tentang perkara itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Telinga berdengung memang menganggu, kenapa ia berlaku?

Berikut adalah lima punca seseorang mengalami masalah telinga berbau dan cara mengatasinya;



Pastikan telinga dibersihkan dengan baik.

1. Kotoran dan minyak

Ketika mandi atau mencuci wajah, ramai daripada kita yang cukup jarang mencuci bahagian belakang telinga menggunakan sabun.

Sebenarnya bahagian tersebut merupakan kawasan yang mudah berminyak dan mempunyai banyak kotoran yang jarang kita sedari.

Cara mengatasinya cukup mudah - setiap kali mandi atau mencuci muka, jangan lupa bersihkan bahagian cuping telinga bagi menghilangkan kotoran dan minyak yang melekat di kawasan itu.

2. Bakteria pada kulit

Selain kotoran dan minyak, bakteria pada kulit juga boleh menyebabkan munculnya bau kurang menyenangkan ini.

Bakteria boleh bertumbuh di bahagian telinga sekiranya ia dibiarkan lembab dan tidak dikeringkan dengan betul selepas mandi.

Jadi kerap bersih dan keringkan telinga selepas mandi sehingga anda pasti ia berada dalam keadaan kering.

3. Pelitup muka

Sejak pandemik, ke mana sahaja kita pergi perlu memakai pelitup muka. Tali pelitup muka yang digantung di telinga merupakan salah satu sebab telinga kita cepat berbau.

Ini disebabkan peluh yang terperangkap serta bakteria yang terkumpul. Ia bukan sahaja sebabkan telinga berbau, tetapi boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat dan ruam di bahagian telinga.

Atas sebab itu, kita disarankan untuk menukar pelitup muka yang baharu setiap hari kerana kuman dan bakteria tidak tertumpu pada bahagian pelitup tetapi talinya.



Pelbagai masalah boleh berlaku sekiranya telinga tidak dijaga dengan baik.

4. Anting-anting

Bagi wanita yang suka memakai anting-anting, anda perlu tahu bagaimana cara untuk membersihkan telinga dengan baik agar tidak berlaku sebarang jangkitan pada telinga.

5. Masalah kulit

Antara sebab lain telinga berbau boleh disebabkan masalah kulit tertentu dialami seseorang seperti dermatitis seborrheic iaitu sejenis penyakit disebabkan kulat.

Ia membuatkan telinga berasa gatal, kulit menjadi pecah dan berkeruping atau bersisik.

Bagaimanapun, jika masalah tersebut berlarutan, berjumpa dengan doktor bagi mengelak masalah lain berkaitan telinga.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain