suria

Sihat ketika pandemik... Jom cuba 5 cara untuk capai 10,000 langkah sehari di rumah

Ada cara boleh dilakukan bagi melengkapkan 10,000 langkah di rumah.

KETIKA ini kita kembali banyak menghabiskan masa di rumah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di Malaysia.

Ekoran itu, tidak banyak perkara dapat kita lakukan namun kebenaran keluar bersenam dengan menjaga jarak sedikit melegakan agar kita dapat bergerak aktif dalam tempoh ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kepala tanda bacaan kolesterol meningkat, fakta atau auta?

Bagaimanapun terdapat beberapa cara boleh kita lakukan bagi mencapai 10,000 langkah sehari - tanpa meninggalkan kawasan rumah.

Berikut adalah lima cara mencapai 10,000 langkah dengan perkiraan 80 langkah setiap minit.

1. Naik turun tangga 42 kali (1,000 langkah, 12 minit 30 saat)

Tangga biasanya memilik 12 anak tangga. Dengan 80 langkah setiap minit, anda dapat menyelesaikan 1,000 langkah dalam tempoh kurang 20 minit dengan naik dan turun tangga sebanyak 42 kali.

Jika ingin lebih berkesan, jalan cepat atau lari akan membakar lebih banyak kalori.

2. 500 langkah sebelum makan (1,200 langkah, 15 minit)

Sebelum makan, mengapa tidak lakukan 500 langkah di sekitar rumah? Hanya perlu 15 minit bergantung kepada kecepatan anda.

3. 250 langkah setiap jam bekerja (2,250 langkah, 3 minit x 9 pusingan)

Ramai daripada kita yang bekerja dari rumah ketika ini, namun itu bukan alasan untuk tidak melakukan sebarang gerakan.

250 langkah memerlukan waktu sekitar tiga minit. Pakar turut menyarankan ia dilakukan setiap 40 minit, dan ia membantu kelancaran sistem kardiovaskular anda.

4. 960 langkah ketika berehat (960 langkah, 3 minit x 4 pusingan)

Siapa kata ketika berehat sambil menikmati secawan kopi tak boleh bersenam? Sementara tunggu air mendidih untuk membancuh kopi, kenapa tidak berjalan-jalan di sekitar rumah.

5. Berjalan sambil berbual (1,200 langkah, 15 minit)

Bagi melengkapkan 10,000 langkah setiap hari, apa kata ajak suami atau anak berjalan di sekitar kawasan rumah sambil berbual-bual. Tanpa di sedari anda sudah melakukan 1,200 langkah hanya dalam masa 15 minit.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain