PESAKIT diabetes memang tidak boleh makan sembarangan kerana bimbang penyakit yang dideritai bertambah buruk. Mencari makanan yang terbaik memang sukar kerana pesakit perlu mengambil kira sama ada ia akan menyebabkan peningkatan gula dalam darah atau pun tidak.ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kepala tanda bacaan kolesterol meningkat, fakta atau auta? Berikut adalah beberapa jenis makanan yang baik untuk pesakit diabetes; 1. Ikan berlemak Ikan berlemak seperti salmon, kembung, tuna dan sebagainya adalah sumber omega-3 yang mempunyai pelbagai manfaat kepada pesakit diabetes terutamanya dalam menjaga kesihatan jantung. Kandungan DHA dan EPA dalam omega-3 dapat melindungi sel-sel yang melapisi pembuluh darah serta mengurangkan risiko keradangan serta melancarkan fungsinya. Kajian mendapati, individu yang makan ikan berlemak secara teratur dalam diet mereka memiliki risiko lebih rendah untuk mendapat serangan jantung, malah ia membantu pesakit diabetes mengawal kandungan gula dalam darah. 2. Avokado Avocado mempunyai kurang daripada satu gram gula, sedikit karbohidrat, serat tinggi dan lemak sihat. Ia menjadikan avokado sebagai makanan ringan yang ideal untuk pesakit diabetes termasuk mampu menurunkan berat badan. 3. Biji chia Biji chia adalah makanan luar biasa bagi penderita diabetes. Ini kerana, ia memiliki serat yang tinggi namun rendah karbohidrat yang mudah dicerna. Serat dalam biji chia dapat menurunkan kadar gula dalam darah serta mengeyangkan. Tidak cukup itu, ia turut membantu menjaga tekanan darah. 4. Brokoli Kajian terhadap penderita diabetes telah menemukan bahawa makan brokoli dapat membantu menurunkan kadar insulin dan melindungi daripada kerosakan sel. Brokoli juga dapat membantu mengatur kadar gula dalam darah. Sebuah kajian mendapati memakan brokoli boleh menyebabkan penurunan 10 peratus glukosa darah pada penderita diabetes. Penurunan kadar glukosa darah ini kemungkinan disebabkan oleh sulforaphane, bahan kimia dalam sayuran seperti brokoli. Selain itu, brokoli merupakan sumber lutein dan zeaxanthin yang baik. Antioksidan penting ini dapat membantu mencegah penyakit mata. 5. Minyak zaitun Minyak zaitun sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung. Minyak ini mengandung asid oleat, sejenis lemak tak tepu tunggal serta memiliki sifat antioksidan. Asid oleat juga dapat merangsang hormon anti-lapar GLP-1. Dalam analisis besar daripada 32 penelitian yang mengamati berbagai jenis lemak, minyak zaitun adalah satu-satunya yang terbukti mengurangi risiko penyakit jantung. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!