GEJALA biasa Covid-19 yang diketahui adalah selesema, batuk, demam, sakit sendi, sakit kepala, hidung tersumbat dan sakit tekak. Selain itu, pesakit juga biasanya akan mengalami muntah, cirit-birit serta hilang deria rasa dan bau. Bahkan ada juga pesakit mengalami masalah mata merah, hilang nafsu makan dan ruam pada kulit.ARTIKEL BERKAITAN: Kajian mendapati kehadiran virus Covid-19 dalam najis, adakah virus itu dapat tersebar melalui kentut? Menurut pakar paru-paru, Dr Joseph Khabbaza, gejala tersebut merupakan reaksi normal yang dialami penderita Covid-19. Namun, masih banyak gejala lain yang muncul dan sedang dikaji oleh para pakar. "Pesakit Covid-19 kebiasaannya menunjukkan simptom serupa bagaimanapun ada sesetengah orang mengalami gejala luar biasa," katanya. 1. Brain fog, kebingungan, halusinasi atau delirum Terdapat pesakit Covid-19 mengalami brain fog, kebingungan, halusinasi, atau delirium. Brain fog merupakan keadaan yang menyebabkan penderitanya tiba-tiba lupa perkara atau perkara yang ingin dikatakan. Sementara halusinasi dan delirium pula boleh terjadi kepada pesakit yang mengalami penyakit kronik. Gejala ini biasanya berlaku pada orang tua kerana tubuh mereka berusaha melawan jangkitan. Ia juga berlaku disebabkan tindak balas antibodi yang menyerang sistem saraf dan melumpuhkan kemampuan otak untuk berfikir. 2. Degupan jantung dan suhu badan meningkat Beberapa pesakit Covid-19 juga ada yang mengalami peningkatan degupan jantung walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal. Gejala ini biasanya seiring dengan peningkatan suhu badan. Ia berlaku disebabkan tindak balas sistem kekebalan badan yang menyerang saraf otonom yang bertindak mengatur degupan jantung dan suhu badan. 3. Kegatalan kulit Kulit adalah organ terbesar dan memiliki jumlah pembuluh darah terbanyak. Ketika virus menjangkiti tubuh, aliran darah juga terganggu. Secara automatik, kulit juga mengalami gangguan seperti kegatalan atau ruam. 4. Hilang suara Hilang suara juga boleh terjadi ketika virus mula memasuki tubuh manusia. Ini kerana, virus tersebut juga boleh menjangkiti saluran peernafasan dan menyebabkan suara serak, sukar bercakap, sesak nafas dan sukar menelan makanan dan minuman. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!