suria

Kajian dapati antibodi bekas pesakit Covid-19 mampu bertahan selama 6 bulan

Kajian mendapati antibodi pesakit Covid-19 mampu bertahan selama 6 bulan.

SEBAHAGIAN besar individu yang pernah dijangkiti Covid-19 memiliki antibodi yang mampu bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank.

Laporan kajian itu mendapati, sebanyak 88 peratus pesakit yang dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui 4 gejala luar biasa Covid-19 yang ramai tak tahu, biasanya berlaku kepada pesakit berusia

Hasil kajian ini selaras dengan apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil lain sebelumnya iaitu tingkat ketahanan tubuh mampu bertahan dalam tempoh itu.

Ketua penyelidikan di UK Biobank, Profesor Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid-19 dengan varian baharu yang dilaporkan mula merebak.

Seperti dilaporkan Bloomberg, kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid-19 dengan melakukan ujian sampel darah bulanan dan memeriksa data gejala mereka.

Dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan, namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau.

Manakala satu perempat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain