suria

Anda bersenam, amalkan diet seimbang, adakah masih perlukan makanan tambahan? Jawapannya ya! Kenali vitamin untuk tingkatkan imuniti tubuh

Makanan yang kaya dengan 'phytonutrien' adalah sangat penting untuk kesihatan selain dapat mencegah penyakit.

SEBELUM penularan pandemik Covid-19, ramai daripada kita mengambil ringan aspek kesihatan dan kebebasan yang dinikmati. Namum, situasi terkini dunia tidak dinafikan telah memaksa kita untuk menukar gaya hidup sama ada ketika bekerja dan berlibur, malah tidak terkecuali amalan diet pemakanan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mencadangkan pengambilan minimum empat hingga lima hidangan merangkumi buah-buahan dan sayur-sayuran dalam sehari. Bagaimanapun, realiti sebenarnya sebanyak 60 hingga 87 peratus masyarakat dunia direkodkan tidak mengikut saranan tersebut yang mana kebanyakannya hanya sekadar mengambil tiga hidangan sehari daripada jumlah yang disyorkan.

Dengan keadaan kita yang kini perlu duduk berkurung di rumah demi menghapuskan rantaian jangkitan Covid-19, ia menjadi satu perkara yang sedikit sukar untuk kita sentiasa 'patuh' pada jumlah hidangan yang diperlukan badan seharian. Selain itu, situasi sekarang juga menyukarkan kita melakukan aktiviti bersenam di taman rekreasi yang biasa dilakukan sebelum ini.

Persoalannya di sini, jika anda sentiasa melakukan aktiviti fizikal dan tidak pernah 'skip' makan buah-buahan dan sayur-sayuran, adakah anda perlu mengambil makanan tambahan untuk meningkatkan sistem imun badan? Jawapannya adalah ya!

Tubuh kita memerlukan makanan diet tambahan yang mengandungi ‘phytonutrient’ (merangkumi kesemua hidangan buah-buahan dan sayuran yang diperlukan sistem badan), yang dapat mengisi ruang nutrisi dan mungkin kita terlupa untuk mengambilnya.

Amway menerusi jenama vitamin dan makanan tambahannya, Nutrilite sejak sekian lama bermula dari era tahun 1900 telah mengaplikasikan penggunaan ‘phytonutrient’ dalam produk mereka.

Pengasas Nutrilite, Dr Carl Rehnborg menerusi kajian dalam ‘phytonutrient’ sejak lebih 80 tahun dahulu mendapati nutrisi tersebut sangat berguna dan berkesan untuk antibodi badan dan kesihatan.

Penemuannya itu juga telah menghasilkan multivitamin-multimineral berasaskan tumbuhan pertama yang dijual di Amerika Utara pada tahun 1948 iaitu DOUBLE X. DOUBLE X dihasilkan daripada 12 vitamin, sembilan mineral dan 17 pati tumbuh-tumbuhan yang sangat berkesan sebagai aktioksidan bagi melindungi kesihatan anda sekeluarga.

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Duong

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Duong berkata Amway adalah sebuah syarikat produk kesihatan dan kecantikan yang komited untuk membantu masyarakat hidup dalam kedaaan sihat dan cergas.

"Kami sangat mengambil berat tentang anda semua dan kami berdedikasi untuk membawakan kesan sosial yang positif terhadap komuniti menerusi produk nutrisi dan kesihatan yang dikeluarkan Amway," katanya.

Di samping pentingnya mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan aktiviti bersenam secara berterusan, makanan tambahan seperti Soy Protein dan Nutrilite Bio C Plus All Day Formula yang mana formulanya boleh membantu anda menyerap kesemua nutrien dan mineral yang terdapat dalam produk tersebut.

Sebagai contoh, vitamin C boleh meningkatkan kadar nutrisi dan antioksidan dalam badan (1). Vitamin C yang juga dikenali dengan nama saintifiknya, asid askorbik adalah nutrisi berasaskan cecair yang penting untuk pembinaan kolagen. Ia juga berperanan sebagai antioksidan yang membantu melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh sel mati.

Bagi protein pula, ia adalah salah satu daripada tiga makronutrien penting, selain vitamin dan mineral.

Protein sangat penting untuk membuat tisu baharu, menyokong pertumbuhan tulang dan otot, dan perkembangan mental serta meningkatkan kesejahteraan umum sambil memberikan kita kulit yang sihat.

Protein juga merupakan bahagian penting dari proses membakar tenaga dan membawa oksigen ke seluruh tubuh dalam darah. Ia juga membantu membuat antibodi untuk melawan jangkitan dan penyakit, menjaga kesihatan sel dan pertumbuhan sel baru.



Semua proses penghasilan produk Nutrilite dijalankan sendiri di ladang organik yang mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan.

Untuk memastikan kualiti produk terbaik, Nutrilite menanam serta memproses sendiri tumbuh-tumbuhan menerusi ladang organik yang diluluskan dengan keluasan hampir 6,000 ekar serta lebih kurang 100 rakan ladang lain di seluruh dunia tanpa menggunakan sebarang bahan kimia sintetik.

Sejak awal penubuhannya, Nutrilite sentiasa terbuka berkongsi sembilan langkah pembuatannya, yang mana ia antara aspek terpenting dalam memastikan produknya kekal asli, selamat dan berkesan untuk pengguna. Ia memberikan ketelusan sekali gus meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap keaslian produk yang dihasilkan.

"Hampir 90 tahun dalam pasaran, kami sentiasa fokus kepada tiga kunci utama iaitu keaslian, keselamatan serta keberkesanan kerana ia adalah misi kami sejak dahulu lagi.

"Tiada syarikat lain dalam dunia yang sanggup melabur sebanyak mana yang telah kami lakukan dalam usaha untuk memastikan hanya bahan terbaik digunakan serta dihasilkan dengan cara yang paling selamat supaya pengguna yakin dengan produk yang kami keluarkan," kata Mike.



Amway adalah syarikat kesihatan yang komited dengan visi membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik dan sihat.

Sementara itu, Amway Malaysia telah menyumbangkan bakul makanan pada Disember tahun lalu kepada beberapa keluarga di Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Menerusi sumbangan tersebut turut disertakan Nutrilite Bio C Plus All Day Formula dan Nutrilite Mixed Probiotic bersama-sama makanan tambahan Chicory Root Extract yang mengandungi vitamin diperlukan badan.

Makanan tambahan ini boleh membantu menambahkan nutrisi keluarga yang mungkin terjejas berikutan krisis kesihatan di seluruh dunia sekarang.

Tidak terhenti di situ, malahan Amway Malaysia turut menyumbang sebanyak 100 bakul makanan kepada penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di Kepong, Kuala Lumpur. di mana ia merangkumi pelbagai vitamin yang diperlukan seperti Nutrilite Bio C Plus All Day Formula, Nutrilite Kids Chewable Natural C, Vergold Granola Mix Seeds dan Cranberry.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari https://nutrilite.com.my/ms

Untuk rujukan:

(1) Pirabbasi, Elham et al. “Efficacy of Ascorbic Acid (Vitamin C) and/N-Acetylcysteine (NAC) Supplementation on Nutritional and Antioxidant Status of Male Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) Patients.” Journal of nutritional science and vitaminology vol. 62,1 (2016): 54-61. doi:10.3177/jnsv.62.54

(2) Fleet, James C. “The role of vitamin D in the endocrinology controlling calcium homeostasis.” Molecular and cellular endocrinology vol. 453 (2017): 36-45. doi:10.1016/j.mce.2017.04.008

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain