PERASAAN ragu-ragu terhadap pasangan sememangnya akan wujud tatkala melihat gelagat si dia berubah secara tiba-tiba.Menipu ini merupakan suatu perkara yang dapat memberi kesan sangat buruk kepada sesuatu hubungan. Jangan ambil remeh! Bermula dengan menipu hal kecil lama-kelamaan tiada satu pun benda betul yang keluar dari mulutnya. ARTIKEL BERKIATAN: Berubah atau angkat kaki... Kenali 5 tanda ’toxic relationship’ Biarpun kadang kala menipu ini ada baiknya bagi menjaga perasaan pasangan akan tetapi bahaya kerana takut dalam menipu sebenarnya pasangan sedang menyembunyikan sesuatu. Sebelum meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap pasangan, anda perlu kenali tanda-tanda apabila seseorang itu sedang cuba bercakap bohong. 1. Pasangan menunjukkan tanda stres Pertama sekali, bagi anda yang ingin mengenal pasti sama ada pasangan sedang menipu atau berlaku tidak jujur lihatlah pada reaksinya. Ada kalanya mereka akan menunjukkan tanda-tanda stres bagi melindungi kebohongan mereka. Hati-hatilah dengan muslihat ini. Perubahan ini akan dapat dilihat daripada percakapan yang berubah-ubah, penafasannya, wajahnya, gelisah dan banyak lagi. 2. Pasangan tiba-tiba diam Jika anda melihat pasangan anda daripada seorang yang peramah tiba-tiba menjadi senyap pasti ada sesuatu yang tidak kena. Boleh terjadi si dia diam adalah disebabkan sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan anda. Tanda ini lebih jelas kelihatan apabila anda sedang mempunyai konflik bersamanya dan apabila ditanya tiada sebarang respon yang diberikan. 3. Perubahan terhadap intonasi suara Untuk mengesan penipuan sangat mudah jika ditafsir daripada intonasi suara. Jika sebelum ini pasangan seorang yang lemah lembut ketika berbicara dan tiba-tiba dia meninggikan suaranya pasti ada sesuatu. Bukan itu sahaja, merendahkan suara juga mempunyai kebarangkalian yang tinggi seseorang itu sedang mengambil masa mengatur ayat untuk bercakap bohong. Paling ketara sekali adalah intonasi suara gementar, Ini juga merupakan tingkah laku yang memberitahu bahawa pasangan sedang menipu. 4. Memberikan informasi terlalu banyak atau terlalu sikit Anda pasti mengenali pasangan dengan lebih baik berbanding orang lain. Kajian mendapati bahawa lebih banyak ucapan yang keluar daripada mulutnya lebih tinggi kebarangkalian dia mereka-reka cerita. Jangan terpedaya dengan informasi terlalu banyak kerana ini merupakan taktik untuk mengalihkan perhatian anda. 5. Melenting apabila ditanya Terakhir sekali, tanda ini sangat mudah untuk dikenal pasti. Jika berasa ragu-ragu, cuba anda mengajukan soalan kepada pasangan anda. Lihat bagaimana reaksinya. Seseorang yang berasa dirinya bersalah dia akan mudah melenting untuk membela dirinya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!