suria

Lelangit terasa gatal... Ini 3 sebab dan cara mengatasinya

Lelangit gatal boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

LELANGIT mulut terasa gatal sering berlaku kepada kita dan adakalanya ia turut datang dengan rasa panas atau sakit.

Rasa tidak selesa pada lelangit malah boleh merebak ke bibir sampai gatal pada kerongkong.

ARTIKEL BERKAITAN: Tua tapi sihat, bergaya! Ada 3 cara elak perut buncit selepas umur 40 tahun

Berikut adalah tiga sebab terjadinya lelangit gatal dan cara mengatasinya;

1. Elergi

Medical News Today melaporkan lelangit mulut terasa gatal boleh disebabkan reaksi elergi terhadap makanan tertentu seperti epal, kekacang, makanan laut atau pun susu.

Ia boleh membuatkan lelangit rasa gatal serta kesemutan selain bibir rasa gatal dan bengkak, kerongkong gatal dan lidah bengkak.

Elergi ini biasanya dapat sembuh dengan sendirinya jika tidak teruk.

2. Jangkitan virus

Antara penyebab lain lelangit gatal boleh disebabkan jangkitan virus yang menyerang saluran pernafasan. Ketika jangkitan virus ini berlaku, sistem pertahanan tubuh akan menghantar sel khusus untuk menangkap dan menghancurkan virus tersebut.

Ia menyebabkan keradangan dan boleh menyebabkan lelangit rasa gatal - lebih parah ia juga boleh menyebabkan seseorang sakit tekak dan mengalami demam.

Biasanya, pengambilan paracetamol, ubat batuk dan antibiotik boleh membantu menyembuhkan sakit itu.

3. Ulser

Ulser juga boleh menyebabkan lelangit mulut terasa gatal, panas dan sakit. Lebih menyakitkan jika ulser turut terjadi di bahagian lelangit.

Ulser biasanya mudah terjadi pada orang yang memakai gigi palsu, merokok, mengambil pil antibiotik dan pesakit diabetes.

Cara mengatasinya boleh dilakukan dengan pengambilan ubat anti kuman untuk ulser dalam bentuk pil atau pun cecair.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain