suria

Pelik... 13 hari Ecah tidur tak bangun-bangun, betulkah itu tanda sindrom 'Puteri Tidur’?

Ecah Tidur pernah tertidur selama 13 hari.

SEORANG remaja di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia menjadi perbualan penduduk setempat gara-gara dia gemar tidur sehingga diberi gelaran Echa Tidur.

Echa pernah tidur selama 13 hari dan keluarganya pelik dengan tabiatnya itu sebelum mendapat tahu remaja itu menderita sindrom dikenali sebagai 'Puteri Tidur'.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan buat main kalau telinga gatal... Ambil tahu sebab dan cara mengatasinya

Apa sebenarnya sindrom puteri tidur? Healthline melaporkan Sindrom Kleine-Levin (KLS) itu adalah kelainan yang jarang berlaku menyebabkan penderitanya sentiasa berasa mengantuk.

Dalam beberapa kes lain, penderita sindrom itu boleh tidur sehingga 20 jam sehari! Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi remaja lelaki lebih cenderung dan berisiko mengalaminya.

Lebih 70 peratus penderita KLS adalah lelaki malah Stanford Health Care menyenaraikan sindrom ini sebagai gangguan neurologi.



Sindrom Kleine-Levin (KLS) itu adalah kelainan yang jarang berlaku.

Gejala sindrom ini bukan sahaja rasa mengantuk tetapi juga;

1. Rasa mengantuk muncul secara tiba-tiba, adakalanya disertai dengan gejala mirip demam selesema

2. Seseorang boleh tertidur selama 1 hingga 3 minggu.

3. Ketika sindrom itu menyerang, penderitanya akan berasa mengantuk dan tidur hampir sepanjang hari dan hanya bangun untuk makan atau mandi.

4. Orang dengan sindrom KLS kerap berasa bingung, terganggu, kekurangan tenaga dan emosi.

5. Sindrom ini juga boleh menyebabkan masalah halusinasi, mudah marah, bersikap keanak-anakkan selain nafsu makan membuak serta dorongan seksual meningkat.



Sehingga kini punca sindrom itu tidak diketahui.

Sementara itu, keadaan itu boleh berlaku tanpa dijangka dan ia boleh berterusan selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun dan sehingga kini tidak diketahui sebab ia berlaku.

Namun beberapa doktor yakin terdapat faktor tertentu meningkatkan risikonya seperti kecederaan hipotalamus iaitu bahagian di otak yang mengawal tidur, nafsu makan dan suhu tubuh.

Tiada ubat atau rawatan khusus untuk masalah KLS namun kebiasaannya doktor akan memberikan beberapa jenis ubat seperti lithium dan karbamazepin untuk mencegah atau memendekkan tempoh tidur orang dengan sindrom berkenaan yang biasanya diberikan kepada penderita bipolar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain