suria

Jangan buat main kalau telinga gatal... Ambil tahu sebab dan cara mengatasinya

Biasanya kita akan menggunakan putik kapas apabila telinga terasa gatal.

KETIKA telinga terasa gatal, biasanya kita akan mengorek telinga dengan putik kapas walaupun tiada kotoran di dalamnya.

Apa yang kita lakukan itu sebenarnya boleh menyebabkan telinga berasa lebih gatal dan dalam sesetengah kes melukakan bahagian dalamnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahi telinga boleh 'ceritakan' tahap kesihatan anda, jika cokelat ertinya stres... jangan abaikan 5 petanda ini!

Sebenarnya telinga terasa gatal adalah perkara biasa dan boleh disebabkan beberapa perkara.



Penggunaan putik kapas boleh memburukkan lagi keadaan.

1. Terlalu kerap bersihkan telinga

Zat lilin yang dianggap kotoran telinga sebenarnyta berfungsi sebagai penghalang air dan melindungi telinga manusia. Zat lilin ini memiliki sifat anti kulat dan anti bakteria yang membantu mencegah jangkitan.

Tabiat sering membersihkan telinga boleh membuatkan telinga terdedah kepada jangkitan selain akan menolak zat lilin itu masuk lebih dalam.

Akibatnya, lebih banyak kotoran yang menempel dalam telinga sehingga menyebabkan rasa gatal. Perlu diketahui bahawa, kotoran telinga biasanya akan keluar daripada liang telinga dengan sendirinya.

Kita hanya perlu mencuci bahagian luar telinga ketika mandi atau ubat titis bagi memecahkan kotoran yang tersangkut.

Elak menggunakan putik kapas terlalu kerap kerana ia boleh melekat di dalam telinga.

2. Penyakit kulit

Penyakit seperti eksim dan psoriasis boleh berlaku di beberapa bahagian kulit dan memicu rasa gatal termasuk telinga.

Jika ia berlaku sebaik-baiknya terus berjumpa dengan doktor dan ia boleh diubati.

3. Jangkitan telinga

Rasa gatal merupakan salah satu gejala awal jangkitan telinga. Ia biasanya datang dengan rasa sakit seperti berdengung selain ada cecair yang mengalir keluar daripada lubang telinga.

Gejala ini sekiranya diabaikan boleh merosakkan telinga dan pendengaran. Segera berjumpa dengan doktor kerana ia boleh dirawat sebelum terlambat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain