suria

Pewarna rambut tingkat risiko kanser payudara, fakta atau auta?

Mewarna rambut menggunakan bahan yang mengandungi kimia boleh membahayakan kesihatan.

BUKAN rahsia lagi, kanser payudara adalah salah satu penyakit paling ditakuti oleh kaum wanita di seluruh dunia.

Lebih membimbangkan, satu kajian terbaharu menunjukkan kanser payudara boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang dianggap tidak penting dan remeh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap haus walaupun dah banyak minum air? Diet dan diabetes mungkin penyebabnya!

Ini termasuklah penggunaan bahan kimia dalam pewarna dan pelurus rambut.

Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Cancer itu menunjukkan bahawa penggunaan dua produk kecantikan itu dapat meningkatkan risiko kanser payudara.

Hasil kajian ini diperolehi selepas penyelidik menganalisa data daripada 47,000 wanita di Amerika Syarikat.

Menerusi penyelidikan ini, semua responden diminta menjawab soalan berkaitan kesihatan, gaya hidup (termasuk penggunaan produk rambut) serta demografi.

Penyelidik mengikuti perkembangan kehidupan mereka selama lapan tahun dan lebih separuh daripada responden melaporkan pernah menggunakan pewarna rambut sebelum menyertai penyelidikan itu.



Pewarna rambut mengandungi lebih dari 5,000 senyawa berbeza.

10 peratus daripadanya pula menggunakan pelurus rambut yang mengandungi bahan kimia.

Hasil kajian itu, 2,800 wanita yang menggunakan pewarna dan pelurus rambut menunjukkan gejala kanser payudara.

Manakala kajian sama mendapati, sembilan peratus wanita yang menggunakan pelurus dan pewarna rambut secara teratur dapat mengembangkan risiko kanser lebih cepat.

"Walaupun masih terlalu awal untuk menyimpulkan hasil kajian itu, namun menghindari bahan kimia ini boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita," kata Dr Dale Sandler salah seorang doktor penyelidikan kajian itu.

Menjelaskan lanjut mengenai perkara ini, Dr Alexandra yang juga penyelidik dalam kajian itu memberitahu pewarna rambut mengandungi lebih daripada 5,000 senyawa berbeza dan memiliki sifat karsinogenitas yang lebih tinggi berbanding bahan kimia lain.

Berkaitan kanser payudara, Dr Alexandra memberitahu bahan kimia tidak berwarna pada pewarna rambut dikenali sebagai amina aromatik yang terbukti berpotensi menyebabkan DNA pada jaringan payudara yang menyebabkan kanser.

"Sebagai pakar bedah kanser payudara selama 25 tahun, saya menghabiskan banyak waktu untuk menyangka mitos tentang penyebab kanser payudara.

"Namun kajian terbaharu ini benar-benar menunjukkan hubungan yang masuk akal di antara produk perawatan rambut tertentu dan kanser," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain