suria

Ada sebab kenapa nafas anda berbau waktu pagi, cuba 3 cara ini untuk mengatasinya

Nafas berbau pada waktu pagi adalah perkara biasa tetapi ada punca kenapa ia berlaku.

PADA waktu pagi, ada antara kita yang mungkin mengalami masalah bau mulut meskipun telah menggosok gigi sebelum keluar bekerja.

Apakah penyebab mulut mengeluarkan bau yang kurang enak pada waktu pagi?

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap haus walaupun dah banyak minum air? Diet dan diabetes mungkin penyebabnya!

Menurut doktor gigi terkenal New York, Dr Rob Raimondi, ia berpunca daripada bakteria dalam mulut yang mencerna sisa makanan pada gigi, gusi dan lidah.

"Seiring waktu, ia mengeras menjadi plak dan mengeluarkan bau busuk," katanya.

Jelasnya, ketika kita tidur, metabolisme tubuh akan menjadi perlahan dan penghasilan air liur menurun bagi membantu membersihkan bakteria di dalam mulut.

Faktor mulut kering juga meningkatkan faktor nafas berbau kerana biasanya kita akan bernafas melalui mulut ketika tidur selain faktor merokok dan pengambilan minuman keras yang memburukkan keadaan.

Bagaimanapun kata Dr Rob, terdapat pelbagai cara untuk mengelak daripada masalah itu termasuklah;

1. Gosok gigi

Perkara paling asas katanya adalah menggosok gigi ketika bangun dan sebaik-baiknya minum air terlebih dahulu untuk melembapkan mulut.

Paling baik katanya, sarapan terlebih dahulu sebelum gosok gigi dan berkumur menggunakan air pembersih mulut tidak mampu mengurangkan bau mulut.

"Ia tidak bertahan lama dalam mulut, sekadar menyegarkan nafas anda ketika tempoh itu," katanya.

2. Flos gigi

Sebelum tidur, amalkan untuk flos gigi dan kita disarankan melakukannya sekali sehari kerana plak memerlukan 12 hingga 24 jam untuk terbentuk.

"Sesudah itu gosok gigi anda selama dua minit bagi membersihkan permukaan gigi," katanya.

3. Elak makanan tertentu

Makanan seperti bawang memang menambahkan keenakan pada makanan tetapi ia juga memberi kesan termasuk bau nafas.

Sebaik-baiknya, hindari makanan yang boleh menyebabkan mulut berbau pada waktu malam selain menggosok gigi sebelum tidur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain