suria

Zakar gagal ereksi, kepala jadi botak mungkin tanda hormon testosteron anda rendah... ini 7 petandanya!

Ujian darah adalah antara kaedah boleh dilakukan bagi menentukan tahap hormon itu dalam badan seorang lelaki.

TESTOSTERON adalah salah satu hormon dihasilkan lelaki pada bahagian testis yang mempengaruhi penampulan dan perkembangan seksual mereka.

Hormon ini merangsang penghasilan sperma serta dorongan seksual seseorang lelaki selain memainkan peranan dalam menghasilkan otot dan tulang.

Penghasilan testosteron biasanya menurun seiring dengan pertambahan usia dan menurut American Urological Association, dua daripada 10 lelaki yang berusia lebih 60 tahun memiliki kadar testosteron rendah. Angka ini meningkat kepada tiga daripada 10 lelaki yang berusia 70 ke 80 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Besar tapi mati... Ketahui kenapa suntikan filler pada zakar bahaya!

Testosteron rendah biasanya dikesan ketika tahapnya menurun di bawah 300 nanogram per desiliter (ng/dl) manakala bacaan normal adalah 300 hingga 1,000 ng/dl.

Ujian darah adalah antara kaedah boleh dilakukan bagi menentukan tahap hormon itu dalam badan seorang lelaki.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai gejala boleh dikesan jika penghasilan testosteron turun di bawah paras normal.

1. Dorongan seks rendah

Hormon testosteron terbukti memainkan peranan dalam dorongan seks seorang lelaki. Kaum ini mungkin mengalami penurunan keinginan seks seiring dengan pertambahan usia.

Tetapi, lelaki dengan kadar hormon testosteron rendah berkemungkinan akan mengalami penurunan keinginan seks yang lebih drastik.

2. Kesukaran ereksi

Selain merangsang dorongan seks lelaki, testosteron juga membantu mencapai dan mempertahankan ereksi zakar. Ia tidak hanya menyebabkan ereksi tetapi ia merangsang reseptor otak untuk menghasilkan oksida nitrat.

Oksida nitrat adalah molekul yang membantu memicu reaksi kimia yang diperlukan agar ereksi berlaku. Ketika kadar testosteron rendah, lelaki mungkin akan mengalami kesukaran mencapai ereksi sebelum melakukan hubungan kelamin atau secara spontan.

3. Kepala botak

Kepala botak biasanya menjadi tanda testosteron rendah. Ini kerana testosteron berperanan dalam beberapa fungsi tubuh termasuk pertumbuhan rambut.

Selain kepala, testosteron rendah mungkin juga menyebabkan rambut pada bahagian lain seperti tubuh, wajah turut gugur.

4. Mudah letih

Lelaki dengan tahap testosteron rendah biasanya akan mudah letih dan menunjukkan tahap tenaga yang rendah.

Rasa letih ini boleh berlaku sepanjang waktu meskipun hanya melakukan kerja ringan selain tidak mempunyai motivasi dalam melakukan perkara memerlukan tenaga.

5. Hilang otot

Antara gejala lain adalah lelaki akan kehilangan otot disebabkan testosteron mempengaruhi pembesaran dan fungsi otot.

6. Lemak tubuh meningkat

Golongan ini juga mungkin mengalami peningkatan lemak pada tubuh dan secara khususnya, ia akan berkembang menjadi ginekomastia atau payudara membesar.

7. Ukuran testis mengecil

Testosteron yang rendah boleh menyebabkan ukuran testis seorang lelaki menjadi lebih kecil berbanding kebiasaan.

Keadaan ini berlaku kerana tubuh memerlukan testosteron untuk mengembangkan zakar dan testis. Bagaimanapun ada penyebab lain kepada keadaan itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain