suria

3 sebab kenapa anda tiba-tiba mengidam nak makan makanan manis dan masin

Apabila mengidam kebanyakan daripada kita akan terfikir makanan manis dan masin.

JIKA bercakap tentang mengidam, fikiran kita pastinya akan tertumpu kepada makanan manis dan masin seperti kek dan kerepek kentang.

Bagaimanapun perasaan mengidam itu bukan sekadar jenis makanan yang ingin kita jamah sebaliknya ada alasan lain yang menyebabkan kita teringin makanan manis atau masin.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak tidur nanti jangan lupa letak bawang putih bawah bantal... jom ambil tahu manfaatnya

Pakar diet, Anna Taylor menjelaskan tubuh manusia berfungsi seperti kereta - ia memerlukan petrol untuk membolehkan ia bergerak.

"Jika tubuh tidak dapat bahan bakar yang diperlukan, maka keinginan secara fizikal juga boleh terjadi," katanya.

Tubuh manusia memerlukan makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak dan ketika semua itu tidak dipenuhi, maka seseorang akan mengalami masalah mengidam.

Sebenarnya kata Anna, terdapat tiga sebab yang membuatkan seseorang mengidam makanan manis dan masin.

1. Kelaparan

Ramai yang mengamalkan diet dengan mengurangkan jumlah makanan secara drastik meskipun perkara itu hanya akan menyebabkan keinginan untuk makan menjadi lebih besar.

Selain itu, melewatkan waktu makan akan menyebabkan kita mudah berasa lapar yang membuatkan seseorang mengidam pelbagai makanan termasuk yang berasa manis dan masin.

2. Ketagihan

Banyak makanan yang diproses boleh memicu ketagihan. Seiring dengan waktu, toleransi manusia terhadap makanan manis dan masin meningkat dan kita kerap kembali kepadanya tanpa disedari sebenarnya ia adalah ketagihan.

3. Isyarat tubuh yang salah

Ketika kita mengidam, ia sebenarnya adalah syarat daripada tubuh bahawa ia sedang kepenatan. Kajian mendapati ketika seseorang itu letih, mereka cenderung untuk beralih kepada makanan bagi mendapatkan tenaga.

Ketika tertekan, kita juga lebih cenderung untuk makan yang menyebabkan tanpa sedar seseorang akan beralih kepada makanan manis dan masin untuk mendapatkan ketenangan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain