suria

Nama je ganas tapi buah naga banyak manfaatnya, antaranya cegah penyakit kronik!

Buah naga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan.

BUAH naga cukup terkenal dengan kulit berwarna merah menyala serta isinya yang manis dan berair menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar buah-buahan tropika.

Jika anda antara orang yang cukup menggemari buah unik ini, maka anda antara insan bertuah. Ini kerana, buah naga mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau menghidap darah tinggi, 5 jenis sayur-sayuran ini cukup baik untuk anda

Berikut adalah beberapa kebaikan buah naga yang mungkin tidak anda ketahui.



Buah naga kaya dengan nutrisi.

1. Kaya nutrisi

Buah naga rendah kalori tetapi cukup kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting selain tinggi kandungan serat.

2. Cegah penyakit kronik

Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan keradangan dan penyakit.

Salah satu cara mengatasinya adalah dengan makan makanan kaya antioksidan seperti buah naga. Antioksidan bekerja dengan cara menuetralkan radikal bebas sehingga mencegah kerosakan sel dan keradangan.

Kajian juga mendapati diet tinggi antioksida dapat membantu mencegah penyakit kronik seperti masalah jantung, kanser, diabetes dan artritis.

3. Serat tinggi

Serat dalam makanan adalah karbohidrat yang tidak dapat dicerna namun memiliki banyak manfaat kepada kesihatan.

Seperti antioksidan, serat yang terkandung dalam buah naga cukup baik untuk sistem penghadaman manusia selain melindungi tubuh daripada penyakit jantung serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes.



Buah naga boleh dimakan dengan pelbagai cara termasuk dibuat sebagai jus.

4. Meningkatkan kesihatan usus

Usus adalah rumah bagi pelbagai mikroorganisme termasuk lebih daripada 400 jenis bakteria yang boleh mempengaruhi kesihatan seseorang.

Buah naga juga kaya dengan prebiotik yang berpotensi meningkatkan keseimbangan bakteria baik dalam usus manusia.

Prebiotik adalah sejenis serat khusus yang mendorong pertumbuhan bakteria sihat dalam usus.

Makan buah naga juga ada caranya;

1. Periksa buah terlebih dahulu sama ada ia sudah masak dengan menekan kulit luarnya. Jika kulitnya mengeras, ia tanda buah naga sudah matang

2. Potong buah naga menjadi dua bahagian. Ini akan memudahkan proses mengupas kulitnya

3. Jangan takut makan isi bersama bijinya kerana ia mengandungi serat yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan

4. Selain dimakan terus, buah naga juga boleh dinikmati sebagai salad buah, jus, dicampur bersama yogurt atau pun dijadikan smoothie.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain