suria

Sesiapa saja berisiko! Ketahui bagaimana batu karang terbentuk dan cara mengatasinya

Batu karang boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit.

BUAH pinggang adalah antara organ kompleks dalam badan manusia yang mempunyai dua fungsi penting iaitu; menyingkirkan sisa bahaya toksik dan mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya.

Ketika terdapat banyak kotoran pada tubuh dan alirah darah tersumbat, kotoran ini mampu menempel pada buah pinggang yang akhirnya membentuk menjadi batu - yang juga disebut sebagai batu karang.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau menghidap darah tinggi, 5 jenis sayur-sayuran ini cukup baik untuk anda

Batu karang ini dapat mempengaruhi buah pinggang sehingga ke saluran kencing. Kebiasaannya, batu karang terbentuk ketika air kencing menjadi pekat yang membolehkan mineral bertukar menjadi batu.

Keadaan ini biasanya tidak mempunyai sebab tertentu namun beberapa perkara boleh meningkatkan risiko seseorang terkena batu karang.

Batu karang terbentuk ketika air kencing anda mengandungi lebih banyak zat seperti kalsium, oksalat dan asid urik.

Selain itu, faktor air kencing kekurangan zat turut mewujudkan persekitaran ideal untuk pembentukan batu karang. Sesiapa sahaja boleh terkena penyakit ini tetapi golongan lelaki lebih berisiko.



Golongan lelaki lebih berisiko terkena batu karang.

Seseorang itu berisiko mengalami batu karang jika mengalami tanda-tanda ini.

1. Pernah mengalami masalah batu karang

2. Sejarah keluarga

3. Kurang minum air putih

4. Mengamalkan diet tinggi protein, natrium atau gula

5. Obesiti



Batu karang boleh dikeluarkan melalui air kencing atau pembedahan.

Cara terbaik untuk mencegah pembentukan batu karang adalah dengan minum air yang cukup setiap hari. Kebanyakan orang digalakkan untuk minum lapan ke 12 cawan air sehari.

Selain itu diet yang betul boleh membantu mengurangkan risiko penyakit ini dengan mengurangkan pengambilan protein seperti daging dan telur.

Kebiasaannya, rawatan penyakit batu karang bergantung kepada ukuran batu, kesakitan dan sama ada ia telah memberi kesan kepada saluran kencing.

Langkah awal yang biasa dilakukan adalah ujian air kencing, darah, X-ray atau CT scan akan dilakukan bagi mengenal pasti kesakitan yang dialami seseorang.

Sekiranya keadaan pesakit tidak teruk, doktor akan memberikan ubat bagi mengurangkan kesakitan dan meminta pesakit minum lebih banyak air bagi mendorong batu itu keluar melalui air kencing.

Namun sekiranya saiz batu karang lebih besar dan menyebabkan saluran air kencing tersumbat, doktor akan melakukan rawatan dipanggil lthotripsy bagi memecahkan batu karang.

Dalam kes tertentu, pembedahan perlu dilakukan iaitu nefrolitotomi bagi mengeluarkan batu karang tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain