suria

Besar tapi mati... Ketahui kenapa suntikan filler pada zakar bahaya!

Suntikan filler pada zakar boleh menyebabkan masalah ereksi.

KEBIASAANNYA suntikan filler biasanya popular dalam kalangan wanita yang ingin membesarkan payudara atau mencantikkan wajah namun sebenarnya teknik itu turut digunakan golongan lelaki.

Suntikan filler pada zakar semakin mendapat perhatian kerana ia dikatakan mampu membesarkan saiz alat kemaluan sekaligus menambah keyakinan diri mereka terutamanya ketika melakukan hubungan intim.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar tiba-tiba mengecil... Jika anda alami 5 situasi ini, ia mungkin penyebabnya!

Persatuan Pakar Bedah Urologi British, Dr Asif Muneer berkata, sebagai seorang doktor dia tidak mencadangkan pesakit untuk melakukan suntikan itu atau apa juga jenis pembedahan membesarkan zakar.

Jelas Dr Asif, kesemua prosedur pembesaran zakar terutamanya bagi meningkatkan ketebalan tidak akan memberi kesan kepada kemampuan zakar mengekalkan ereksi.



Suntikan filler pada zakar semakin mendapat perhatian dalam kalangan lelaki.

Sebaliknya, ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi yang merosakkan prestasi seksual seorang lelaki.

"Besar memang besar tapi tidak ada fungsi," katanya seperti dilaporkan BBC.

Menjelaskan lanjut mengenai perkara itu, Dr Asif menjelaskan dalam proses ereksi zakar, darah akan mengisi pembuluh darah sehingga zakat menjadi tegang.

Filler yang disuntik katanya mampu membuatkan penyumbatan pada pembuluh darah dan mengganggu proses tersebut.

Selain berbahaya, Dr Asif memberitahu fungsi penis sebenarnya tidak terganggu meskipun ukurannya tidak besar. Sebaliknya, jika silikon yang disuntikkan ke zakar boleh menyebabkan terjadinya tumor.

"Kaum lelaki kena tahu, suntikan filler ini tidak akan memanjangkan zakar anda tetapi hanya menambah ketebalannya. Tindakan itu boleh dikatakan sia-sia kerana ia boleh memberi kesan kepada kemampuan zakar berfungsi.

"Selain terdedah kepada komplikasi seperti jangkitan kuman, ia juga menyebabkan tumor yang boleh membahayakan kesihatan. Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan apa sahaja prosedur berkaitan zakar anda," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain