MANDI adalah salah satu cara menjaga kebersihan tubuh. Tapi, ada sesetengah orang berasa gatal selepas mandi. Rasa gatal itu biasanya muncul selepas mengeringkan badan dan kegatalan itu boleh berpanjangan sehingga menyebabkan kulit menjadi merah atau luka kerana terlalu kuat menggaru.ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa orang tua susah nak tidur, senang terjaga? Ini mungkin puncanya Gatal selepas mandi secara dasarnya tidak berbahaya dan boleh diatasi dengan beberapa cara. Penggunaan sabun mandi yang tidak sesuai boleh menyebabkan badan menjadi gatal. Penyebab gatal selepas mandi Gatal selepas mandi biasanya disebabkan oleh kulit kering dan ia boleh disebabkan amalan mandi dengan air panas atau terlalu sejuk. Air yang terlalu panas atau sejuk boleh mengurangkan kelembapan kulit selain penggunaan sabun mandi yang tidak sesuai dengan badan. Ini kerana terdapat sabun yang terlalu 'keras' dan mampu menghilangkan minyak semula jadi tubuh dan membuatkan kulit anda menjadi kering. Selain masalah kulit kering, penyebab gatal selepas mandi juga boleh disebabkan penyakit atau keadaan kesihatan tertentu, termasuklah; 1. Xerosis atau keadaan kulit kering ekstrem sehingga mengalami pecah 2. Polycythemia vera atau penghasilan sel darah merah berlebihan 3. Kanser kelenjar 4. Urtikaria kolinergik atau kegatalan akibat kepanasan 5. Aquagenic urticaria atau elergi 6. Pruritus akuagenik idiopatik atau elergi yang tidak dikenal pasti Kegatalan boleh dikurangkan dengan menukar sabun atau menggunakan suhu air yang sesuai. Gejala dan cara mengatasi Gatal selepas mandi biasanya boleh diatasi dengan mengubah tabiat mandi serta menukar penggunaan sabun. Berikut adalah beberapa cara mengatasinya. 1. Mandi dengan air suhu normal dan jangan terlalu lama. Jika terpaksa mandi dengan air hangat, gunakan air yang suhunya tidak terlalu panas 2. Gunakan sabun yang memiliki formula lembut yang khusus dibuat untuk kulit kering dan sensitif. Selain itu, pilih sabun yang tidak punya banyak buih dan bebas pewangi 3. Oleskan pelembab setelah mandi saat kulit masih dalam keadaan lembap, dengan begitu kelembapan alami kulit tetap terjaga. Hindari pelembap yang mengandung pewangi kerana boleh menyebabkan kegatalan. Jika cara tersebut masih tidak berhasil, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui punca sebenar masalah tersebut. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!