suria

Jangan buat main masalah anoreksia, bulimia... Ketahui 10 tanda-tandanya

Anoreksia nervosa bukan sahaja berlaku dalam kalangan wanita tetapi juga lelaki.

GANGGUAN pemakanan adalah masalah yang sering dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada seseorang yang mengalaminya.

Terdapat pelbagai tanda seseorang mengalami gangguan pemakanan yang mungkin tidak disedari selain enggan mengakui mereka sedang mengalami masalah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau sukar ‘membuang’, 5 buah ini cukup baik selesaikan masalah sembelit anda

Antara dua masalah gangguan pemakanan yang boleh terjadi adalah anoreksia nervosa atau pun bulimia nervosa.



Antara tanda anoreksia adalah seseorang akan makan dalam kuantiti sedikit atau langsung tidak mahu makan.

1. Anoreksia Nervosa

Kebiasaannya individu yang mengalami gangguan pemakanan ini akan mengalami penurunan berat badan yang disebabkan diet atau senaman berlebihan sehingga sanggup berlapar.

Individu yang mengalami masalah ini sering kali merasakan diri mereka tidak cukup kurus dan sentiasa melihat bayangan diri mereka sebagai gemuk meskipun sudah berjaya menurunkan berat badan yang banyak.

Kebiasaannya mereka akan makan dalam kuantiti yang sedikit atau pun menjauhi makanan tertentu.



Bagi penghidap bulimia mereka akan makan tetapi akan cuba mengeluarkan semula makanan tersebut.

2. Bulimia Nervosa

Bagi jenis ini pula, kebiasaannya seseorang akan makan dalam jumlah yang banyak sebelum cuba memuntahkan kembali apa yang sudah dimakan.

Kebiasaannya, gangguan ini biasa berlaku dalam kalangan remaja terutamanya perempuan namun punca sebenar gangguan ini boleh disebabkan pelbagai faktor termasuklah kurang keyakinan diri, diejak rakan sebaya, tekanan perasaan dan sebagainya.

Penghidap gangguan pemakanan ini biasanya akan menyembunyikan perilaku tidak sihat ini sehingga tanda-tandanya jelas kelihatan seperti badan yang susut dan masalah kesihatan lain seperti kekurangan zat dan masalah pencernaan yang berlaku pada mereka.



Bagi penghidap anoreksia, mereka menganggap diri mereka gemuk walaupun hakikatnya tidak.

Tanda-tanda seseorang mengalami anoreksia nervosa:

1. Bimbang berat badan bertambah

2. Diet dan bersenam tanpa henti tanpa makan

3. Satu pertiga penderita anoreksi makan berlebihan dan 'membersihkan' diri dengan muntah atau menggunakan bantuan ubat.

4. Membayangkan diri gemuk walaupun hakikatnya tidak

5. Mengira pengambilan kalori secara obsesif dan makan dalam jumlah yang sedikit

6. Berat badan turun dengan ekstrem

7. Tidak mengambil makanan tertentu seperti karbohidrat dan lemak

8. Kitaran haid terganggu (bagi wanita)

9. Sembelit dan sering sakit perut

10. Tidak mengakui mengalami semua masalah di atas

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain