suria

Memang turun berat badan, tapi amalan diet karbohidrat sekurang-kurangnya undang 5 risiko kesihatan

Diet tanpa pengambilan karbohidrat boleh memberi kesan kepada kesihatan.

DIET tanpa pengambilan karbohidrat memang dapat menurunkan berat badan dengan cepat namun sayangnya ia juga mampu memberi beberapa kesan buruk kepada tubuh.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan masalah penghadaman tetapi turut meningkatkan risiko penyakit kronik.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati wahai lelaki, ada 6 sebab zakar boleh membengkak!

Terdapat lima kesan utama diet tanpa karbohidrat seperti yang dilaporkan Eat This Not That.

1. Mengalami sembelit

Ketika kita memotong sumber karbohidrat berserat tinggi seperti sayuran dan bijirin tertentu daripada menu, saluran penghadaman mungkin tidak dapat bekerja dengan efektif seperti kebiasaannya.

Kesannya, saluran pencernaan kita mudah terganggu sehingga menyebabkan sembelit.

2. Mudah jadi pelupa

Kebiasaannya ketiadaan karbohidrat dalam diet akan menyebabkan seseorang berasa mual dan pening. Tidak hanya itu, dalam sebuah kajian pada 2009 menunjukkan, ia juga mampu menurunkan daya ingatan seseorang.

Sedangkan, individu yang melakukan diet seimbang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda gangguan ingatan.

3. Jantung berdebar

Jantung berdebar-debar menjadi petanda seseorang sedang mengalami fibrilasi atrium atau atrial fibrilasi (AF) yang berbahaya terutamanya ketika seseorang membataskan pengambilan karbohidrat.

4. Kolesterol jahat meningkat

Menurut satu kajian pada 2018 yang diterbitkan dalam jurnal Atheroslerosis, individu yang menjalani diet rendah karbohidrat dan tinggi lemak selama tiga minggu mengalami peningkatan kolesterol jahat yang signifikan.

Bahkan, peningkatan kolesterol jahat tersebut mencapai 44 peratus berbanding sebelum mengamalkan diet tanpa karbohidrat.

5. Risiko kanser usus

Ada yang bergantung kepada protein seperti daging merah sebagai pengganti kepada karbohidrat. Namun tindakan itu sebenarnya boleh meningkatkan risiko kanser usus.

Satu kajian pada 2015 yang diterbitkan dalam Oncology Reviews mendapati, pengambilan daging merah ataupun yang diproses dapat meningkatkan risiko kanser sehingga 30 peratus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain