suria

Kalau sukar ‘membuang’, 5 buah ini cukup baik selesaikan masalah sembelit anda

Terdapat banyak buah-buahan yang mampu membantu mencegah dan merawat masalah sembelit.

PENGAMBILAN makanan berserat tinggi seperti sayur dan buah-buahan adalah salah satu cara mengatasi sembelit secara semulajadi.

Sembelit adalah keadaan seseorang sukar membuang air besar kerana terdapat kotoran yang tersumbat pada bahagian usus.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu menghidu dengan baik? Latihan mencium bau bantu pulihkan masalah anosmia

Tanda seseorang mengalami sembelit apabila kekerapan membuang air besar kurang dari tiga kali dalam tempoh seminggu.

Cleveland Clinic melaporkan salah satu punca sembelit adalah disebabkan pola pemakanan yang kurang sihat. Selain itu, masalah ini berlaku disebabkan kurang air, tidak bersenam, tekanan dan kesan sampingan ubat-ubatan tertentu.

Terdapat pelbagai cara untuk mencegah dan merawat sembelit dan salah satunya pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayuran.

1. Avocado

Avocado merupakan salah satu sumber lemak yang baik di samping kekacang dan minyak zaitun. Lemak baik ini dapat melancarkan kotoran yang tersumbat dalam saluran pencernaan.

Untuk mencegah atau merawat sembelit, amalkan pengambilan avocado sama ada dibuat sebagai jus atau dimakan begitu sahaja.

2. Limau

Segala jenis limau seperti limau mandarin, limau bali, lemon, limau nipis dan sebagainya mampu mengatasi masalah sembelit.

Ini kerana ia kaya dengan serat dan vitamin C yang mampu membantu memenuhi keperluan gizi yang seimbang sekali gus membantu mengatasi masalah sembelit.

Kandungan asid sitrat dalam limau juga dapat meneutralkan saluran pencernaan agar lebih lancar.

3. Epal dan pir

Epal dan pir antara buah-buahan yang mampu mengatasi sembelit. Kedua-dua buah ini mengandungi serat, sorbitol dan fruktosa yang dapat melancarkan pencernaan.

Tidak hanya itu, epal dan pir mempunyai kandungan air yang tinggi dan dapat membantu meringankan dan mencegah sembelit.

Untuk mendapat khasiatnya secara maksimum, kita disarankan untuk tidak membuang kulitnya.

4. Anggur

Kulit dan isi buah anggur sama-sama berkhasiat termasuk mengandungi air yang banyak. Segenggam anggur dapat membantu masalah sembelit anda.

5. Kiwi

Setiap 100 gram kiwi mengandungi tiga gram serat yang dapat membantu melancarkan pergerakan najis pada saluran usus besar.

Kiwi juga mengandungi actinidine yang meningkatkan pergerakan pada saluran pencernaan dengan lebih aktif.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain