suria

Kenapa orang tua susah nak tidur, senang terjaga? Ini mungkin puncanya

Apabila usia semakin meningkat, seseorang sukar untuk tidur lena.

SEIRING bertambahnya usia, tidur seseorang boleh terganggu, mudah terjaga selain 'automatik' bangun lebih awal berbanding ketika umur lebih muda.

Menurut tinjauan dilakukan oleh Sleep Medicine Clinic pada 2017, 40 hingga 70 pratus golongan dewasa yang meningkat umur mengalami masalah tidur yang kronik.

Sebenarnya terdapat beberapa alasan mengapa golongan berusia sukar tidur dan lebih mudah terjaga pada waktu malam.

1. Masalah kesihatan tertentu

Menurut American Academy of Sleep Medicine (AASM), kebanyakan gangguan tidur yang dialami golongan ini disebabkan masalah kesihatan yang dialami seperti penyakit jantung, masalah paru-paru, darah tinggi, diabetes dan sebagainya.

Pakar tidur, Michael Breus yang juga penulis The Power of When mengatakan seiring pertambahan usia, seseorang lebih cenderung mengalami pelbagai penyakit dan ia memberi kesan kepada tidur mereka.

2. Kerap buang air kecil

Kekerapan membuang air kecil lebih kerap terjadi disebabkan beberapa masalah kesihatan seperti pembesaran prostat yang biasa berlaku pada lelaki berusia.

Harvard Health Publishing menjelaskan itu juga disebabkan kesan ubat-ubatan yang ada di antaranya menyebabkan seseorang kerap kencing terutamanya pada waktu malam sehingga menggangu waktu tidur mereka.

3. Rasa tidak selesa

Keadaan kesihatan seperti osteoartritis dan osteoporosis, menyebabkan rasa sakit dan rasa sakit itu membuatnya seseorang sukar tidur.

National Library of Medicine AS menjelaskan seiring bertambahnya usia, lapisan kulit subkutan - yang merupakan lapisan ketiga, di luar epidermis dan dermis, menjadi lebih tipis.

"Memiliki subkutan yang lebih nipis membuatkan seseorang lebih sukar untuk mendapatkan permukaan tempat tidur yang selesa dan memberi kesan kepada kualiti tidur," kata Breus.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain