suria

Hati-hati wahai lelaki, ada 6 sebab zakar boleh membengkak!

Terdapat pelbagai sebab mengapa zakar membengkak termasuk kegagalan menjaga kebersihan bahagian sulit.

TIDAK ramai lelaki yang mahu bercakap mengenai masalah bahagian sulit secara umum. Bagaimanapun, zakar bengkak biasa berlaku yang membuatkan kemaluan menjadi kemerahan, gatal dan sakit.

Zakar bengkak adakalanya disertai dengan cecair dan benjolan yang membuatkan rasa sakit ketika membuang air kecil dan melakukan hubungan seks.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar tiba-tiba mengecil... Jika anda alami 5 situasi ini, ia mungkin penyebabnya!

Ia bukanlah satu penyakit melainkan keadaan yang menunjukkan gejala penyakit. Berikut adalah beberapa kemungkinan penyebab zakar membengkak;

1. Balantis

Healthline melaporkan secara umumnya zakar membengkak disebabkan keadaan dipanggil balanitis atau keradangan dibahagian kepala zakar. Keadaan ini biasanya dialami lelaki yang tidak bersunat, atau tidak menjaga kebersihan.

Balanitis juga biasanya disebabkan jangkitan bakteria streptoccocus atau candida albicans. Gejala balanitis kebiasaannya zakar menjadi bengkak, kemerah-merahan, gatal, mengeluarkan bau yang kurang enak serta kencing terasa sakit.

2. Kerengsaan

Penyebab zakar bengkak yang lain juga disebabkan oleh kerengsaan berpunca daripada reaksi elergi. Beberapa sebab yang boleh membuatkan zakar mengalami elergi dan kerengsaan termasuklah; kondom, pelincir, spermisida, bahan kimia dalam sabun atau losyen.

Selain zakar bengkak, gejala kerengsaan berkaitan elergi di antaranya, zakar kemerah-merahan, gatal, melecet dan sensasi terbakar.

3. Uretritis

Keradangan uretra dapat menyebabkan gejala zakar membengkak. Uretra adalah saluran yang membawa urin dari pundi kencing ke zakar. Keradangan itu biasanya terjadi disebabkan penyakit kelamin seperti jangkitan bakteria gonorrhoeae dan nongonococcal.

Selain bakteria, penyebab keradangan uretra juga biasanya disebabkan daripada pendedahan bahan kimia atau kecederaan. Selain bengkak, gejala uretritis yang lain termasuklah kencing terasa sakit, kerap membuang air kencing dan rasa sensasi terbakar.

4. Priapisme

Penyakit priapisme boleh menyebabkan zakar mengalami eraksi tanpa henti meskipun tiada sebarang rangsangan seksual. Selain zakar menjadi bengkak, gejala biasa keadaan ini, zakar menegang lebih daripada empat jam disertai rasa sakit.

5. Peyronie

Penyakit peyronie terjadi ketika plak membentuk di bahagian bawah kulit zakar dan membuatkan kemaluan menjadi melengkung atau bengok. Kebiasaannya penyakit ini berlaku kepada lelaki yang tidak berkhatan.

Gejala awal penyakit ini zakar terasa sakit apabila ia mengeras, terdapat benjolan serta disfungsi ereksi. Bagaimanapun, penyebabnya peyronie tidak jelas.

6. Kanser zakar

Kanser zakar adalah keadaan yang jarang berlaku tetapi bengkak boleh menjadi tanda barah. Selain bengkak, gejala lain kanser ini termasuk kulitnya menjadi tebal, kemerah-merahan, benjolan atau bisul termasuk zakar mengeluarkan cecair berbau busuk serta pendarahan.

Kanser ini sangat jarang terjadi namun ia boleh berlaku terutamanya bagi mereka yang tidak menjaga kebersihan kemaluan, menderita phimosis, perokok dan dijangkiti HPV.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain