FAKTANYA memang terdapat pelbagai jenis kanser yang lebih berisiko menyerang wanita berbanding lelaki. Paling popular adalah kanser payudara yang boleh menyerang wanita tidak kira latar belakang meskipun kebanyakannya disebabkan oleh sejarah keluarga dan genetik.ARTIKEL BERKAITAN: Kanser serviks ketiga tertinggi dalam kalangan wanita, ujian HPV dan vaksin boleh kurangkan risiko Bagaimanapun kanser payudara bukanlah satu-satunya yang sering dihidapi wanita sebaliknya terdapat lima jenis barah yang popular dalam kalangan perempuan termasuklah; 1. Kanser usus Kanser usus adalah barah yang bermula di bahagian usus besar atau rektum. Faktor yang meningkatkan risiko dalam kalangan wanita adalah kegemukan, kurang aktiviti fizikal, diet yang salah selain pengambilan alkohol. Pemeriksaan secara berkala dapat mencegah penularan kanser itu dan bagi yang sudah mencecah usia 40 tahun ke atas, ujian berkala perlu dilakukan. 2. Kanser paru-paru Kebanyakan perokok bukanlah wanita namun ironiknya penyakit ini banyak menyerang kaum hawa. Alasannya kerana mereka selama ini menjadi perokok pasif yang terdedah kepada asap dan partikel kimia daripada orang sekitarnya. Wanita yang pernah merokok juga berpotensi menghidap penyakit ini meskipun sudah berhenti untuk tempoh lama. Sebagai pencegahan, pemeriksaan secara berkala perlu dilakukan terutamanya sekiranya anda dikelilingi oleh perokok. Kanser payudara bukan satu-satunya barah yang boleh menjangkiti wanita. 3. Kanser serviks Kanser ini disebabkan oleh Human Papillomavirus (HPV), virus yang mempunyai kaitan besar dengan jangkitan penularan seksual. Ia boleh berlaku disebabkan sentuhan kulit seperti anal dan oral. Selain itu, kebiasaan merokok, sistem kekebalan tubuh yang lemah selain penggunaan hormon tertentu dapat meningkatkan risiko kanser serviks. Ujian pap smear boleh dilakukan bagi mengesan sebarang kelainan atau kanser. 4. Kanser kulit Wanita berkulit cerah lebih berisiko terkena kanser kulit dan ia disebabkan sel basal dan sel skuamosa terpapar berulang kali dan tidak terlindung terhadap sinar ultraviolet (UV). Kanser kulit melanoma jarang terjadi namun lebih berbahaya kerana kesannya lebih cepat tersebar. Bagi mencegah kanser ini, kita disarankan untuk melindungi kulit dengan memakai topi, memakai pakaian menutup tubuh agar cahaya matahari tidak dapat menembusi kulit. 5. Kanser ovari Wanita yang tidak memiliki anak atau bereproduksi pada usia lanjut memiliki risiko lebih tinggi mendapat kanser ovari. Penyakit ini disebabkan ketidakseimbangan hormon yang terjadi kerana pelbagai faktor. Agar sukar mengesan kanser ini namun perlu berwaspada dengan beberapa gejala seperti perut membengkak, penurunan berat badan, mengalami masalah pencernaan, sakit perut dan punggung serta kerap membuang air kecil. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!