PERASAN tak setiap kali selepas berbuka puasa, badan akan terasa lemah meskipun sudah menikmati pelbagai juadah. Sepatutnya selepas seharian berpuasa, dapat makan dan minum akan memberikan tenaga tapi rasa semakin lemah sampaikan hendak menunaikan solat Maghrib dan Tarawih pun tak larat.ARTIKEL BERKAITAN: Elak mulut berbau ketika berpuasa... apa kata cuba 6 tip ini Sebenarnya, keadaan itu berlaku disebabkan faktor makan berlebihan selain pengambilan gula yang tinggi. Pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka boleh menyebabkan badan lemah kerana gula mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin bagi menurunkan kadar gula dalam darah. Insulin yang berlebihan pula akan menurunkan gula dalam darah tetapi kesannya badan menjadi lemah dan lesu. Makan berlebihan membuatkan sistem penghadaman yang seharian berpuasa dipaksa bekerja lebih keras. Kesannya, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak tenaga untuk mencerna makanan. Tidak hanya membuatkan badan terasa lemah dan lesu, perut juga boleh mengalami masalah seperti sakit perut, mual, kembung dan sembelit. Bagi mengelakkan masalah itu, sebaik-baiknya amalkan pemakanan seimbang ketika berbuka puasa dan bukannya mengikut nafsu. Paling baik, hindari makanan bergoreng dan pilih hidangan yang direbus, dikukus atau dipanggang. Ingat, puasa bukan bererti tiket emas untuk memanjakan diri dengan pelbagai hidangan menyelerakan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!