VULVA adalah salah satu bahagian luar vagina yang memainkan peranan penting dalam melindungi bahagian dalam kemaluan wanita. Organ intim wanita yang umumnya disebut vagina sebenarnya merupakan saluran otot tertutup dan ia terdiri daripada dua bahagian iaitu dalam dan luar.ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya payudara tapi 5 kanser ini kerap 'serang' kaum hawa! Manakala vulva pula adalah jaringan di sekitar kawasan vagina merupakan bahagian paling luar daripada keseluruhan sistem reproduksi wanita. "Sesetengah wanita tidak tahu banyak mengenai bahagian intim mereka dan mungkin tidak pernah mendengar perkataan vulva sebelum ini. "Vulva adalah luaran bahagian intim wanita yang sentiasa bersentuhan dengan seluar dalam, liners dan pad. Oleh kerana ia terdiri daripada tisu mukosa, maka ia tiada halangan pelindung dan mudah mengalami iritasi," jelas Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Patricia Lim Su-Lyn. Liners Libresse SensitiV mempunyai 3 kali pengudaraan yang lebih baik untuk meningkatkan kekeringan, dan membantu menghalang pertumbuhan bakteria buruk. Dr Patricia menjelaskan, disebabkan vulva mudah terdedah kepada bahan iritasi, secara semula jadinya ia menyedarkan bahawa wanita perlu memilih pakaian dalam dan produk penjagaan feminin yang menyediakan penjagaan lembut dan tidak merengsakan. Malah katanya dalam satu kajian dijalankan oleh Libresse yang membabitkan 700 wanita, mendapati tujuh daripada 10 wanita di Malaysia menyedari bahawa kulit vulva adalah sangat halus. Manakala 86 peratus sedar vulva mudah mengalami iritasi disebabkan faktor-faktor seperti geseran, kelembapan berlebihan, pertumbuhan bakteria buruk, wangian dan pewarna. "Oleh kerana faktor-faktor ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kegatalan, hampir semuanya bersetuju bahawa vulva memerlukan penjagaan yang lembut, dan 75 peratus berkata mereka lebih suka untuk menggunakan produk penjagaan feminin hipoalergenik," ujarnya. Sebagai tindak balas kepada kebimbangan dan keperluan yang semakin meningkat ini, Libresse memperkenalkan rangkaian SensitiV yang diuji secara dermatologi dan diperakui hipoalergenik. Ia memenuhi keperluan untuk dua ujian ketat yang berbeza yang ditetapkan oleh International Contact Dermatitis Research Group (ICDRC). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Kesemua pad dan liners Libresse SensitiV mempunyai lapisan atas yang diperbuat daripada fiber yang 30 peratus lebih halus daripada lapisan atas konvensional. Ini akan mengurangkan geseran, untuk lebih keselesaan. Liners Libresse SensitiV mempunyai 3 kali pengudaraan yang lebih baik untuk meningkatkan kekeringan, dan membantu menghalang pertumbuhan bakteria buruk. Pencuci dan tisu basah intim Libresse SensitiV direka khas untuk mengekalkan keseimbangan pH vulva yang optimum, yang secara semulajadinya lebih berasid (antara 3.5 ke 4.5). Pengguna juga tidak perlu bimbang kerana semua pad Libresse SensitiV juga direka khas dengan teknologi SecureFit yang dipatenkan, berdasarkan kontor badan wanita untuk padanan sempurna dan digabungkan dengan Saluran DFC (Deep Flow Channel) yang pantas menyerap, bagi mencegah kebocoran supaya pengguna rasa lebih kering dan selesa. “Libresse sentiasa komited untuk menggalakkan keterbukaan dan memecahkan tabu yang menghalang wanita daripada berasa selesa dan yakin dengan badan mereka sendiri. Wanita masih boleh tampil yakin dengan Libresse SensitiV. “Apabila kita memperkasakan wanita dengan pengetahuan dan menggalakkan perbincangan yang lebih terbuka mengenai kesihatan Zon-V, kita boleh menormalkan soal haid dan mendedahkan mitos Zon-V, supaya wanita dapat mengenali badan mereka dengan lebih baik serta membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan mereka," kata Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia, Deenie Ong. Sementara itu, Libresse turut tampil dengan kempen “Know Your V” termasuk kerjasama berterusan dengan pakar kesihatan. Tahun lalu, Libresse menjadi jenama penjagaan feminin pertama di Malaysia yang menerima Anugerah daripada Prinsip Pemerkasaan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Wanita-WEP) dalam kategori Responsif-Gender bagi memperkasakan wanita dalam pasaran dan komuniti. Ini mengukuhkan komitmen Libresse untuk melakukan lebih banyak lagi, terutama dalam memecahkan tabu zon-V yang biasa. “Dengan pelancaran Libresse SensitiV, kami berharap dapat mencetuskan perbincangan baharu mengenai penjagaan dan kesihatan vulva, dengan sokongan daripada rakan pakar kami seperti Dr Patricia Lim yang akan menawarkan kepakaran perubatannya untuk pelancaran pendidikan Zon-V kami yang komprehensif di media sosial. "Ini termasuklah sesi bulanan “Ask Libresse” (“Tanya Libresse”) di Instagram dan tandapagar khusus, #vulvavisdom, yang wanita boleh gunakan untuk berkongsi pengetahuan atau pengalaman mengenai kesihatan Zon-V serta membimbing orang lain sepanjang perjalanan kewanitaan mereka, ” tambah Ong. Pad, liners, pencuci intim dan tisu basah intim Libresse SensitiV kini boleh didapati di pasaraya atau farmasi seluruh negara dari RM3.90-RM20.30. Cubalah ia sekarang dan dapatkan hadiah istimewa – dengan pembelian minimum RM20 produk Libresse, termasuk satu pek Libresse SensitiV yang baharu, anda berpeluang menebus kotak hadiah eksklusif Libresse SensitiV Daily Intimate Care yang bernilai RM20 (sementara stok masih ada). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.libresse.com.my, ikuti Libresse di media sosial media di www.facebook.com/LibresseMalaysia atau IG (@Libresse_my). Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!