IBU bapa mana yang tak menggelabah anak kecil yang berselera makan tiba-tiba menangis dan memuntahkan kembali semua makanan yang disuap kepadanya. Dalam sebuah buku tulisan Dr. Kenneth Lyen, Dr. Ran Hock Lim dan Louisa Zhang pada 2003 berjudul Apa Yang Perlu Anda Ketahui Ketika Merawat Bayi menjelaskan bahawa kanak-kanak muntah selepas menangis adalah perkara normal.ARTIKEL BERKAITAN: Tahi lalat pada kanak-kanak memang biasa tapi awas jika ada 5 tanda ini! Ibu bapa tidak perlu berasa cemas dan tidak perlu memberikannya ubat tertentu bagi memulihkan keadaannya. Namun sekiranya, kanak-kanak yang muntah ketika menangis dan batuk berterusan cuba tepuk bahagian belakang badan agar mereka tidak tercekik. Kebiasaannya kata Dr. Kenneth, kanak-kanak tidak akan muntah selepas mereka berhenti menangis. Jika muntah berterusan adalah lebih baik berjumpa dengan doktor. Hati-hati muntah tanpa sebab Dalam tulisannya, Dr. Kenneth memberitahu ibu bapa patut memberi perhatian sekiranya anak mereka muntah tanpa ada sebab yang jelas. Ini kerana muntah tanpa sebab boleh jadi disebabkan oleh sakit akut seperti keracunan makanan atau jangkitan kuman. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Berikut adalah beberapa keadaan di mana kanak-kanak perlu dibawa ke hospital sekiranya mengalami muntah. 1. Muntah berwarna hijau 2. Suhu badan meningkat 3. Perut sakit ketika ditekan 4. Terdapat darah dalam air kencing atau najis 5. Muntah berulang kali Bagaimanapun kata Dr. Kenneth, kanak-kanak boleh mengalami muntah berulang kali disebabkan perkara lain seperti; 1. Toleransi terhadap makanan 2. Masalah perilaku 3. Masalah berkaitan dengan perut atau penghadaman Jelasnya, apabila kanak-kanak muntah setiap kali minum susu itu mungkin disebabkan oleh alahan terhadap susu. Perkara itu boleh dipastikan dengan cara memerhati adakah keadaan mereka bertambah baik selepas tidak lagi diberikan susu. Jika keadaan mereka kembali pulih, itu bererti mereka alah terhadap susu dan sekiranya kanak-kanak tetap muntah, ia mungkin berkaitan perkara lain yang perlu dirujuk kepada doktor. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!