DUDUK di atas lantai mungkin tidak selesa berbanding di atas sofa yang lembut tetapi amalan itu sebenarnya dikatakan baik untuk rahsia panjang umur, menurut sebuah kajian berhubung populasi yang hidup paling lama di dunia. Penyelidik, Blue Zones Dan Buettner mengatakan, orang yang tinggal di Okinawa, Jepun hanya mempunyai perabot yang sangat minimal di rumah mereka dan kebanyakan waktu mereka akan duduk di atas lantai.ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sampai jadi sarang kuman! Bukan sekadar korek, cuci hidung juga mampu cegah pelbagai penyakit "Wanita yang paling lama hidup dalam sejarah dunia adalah berasal dari Okinawa. "Pengalaman tinggal selama dua hari bersama seorang wanita berusia 103 tahun melihatnya bangun dan duduk lebih 30 ke 40 kali yang bersamaan dengan senaman squat," katanya. Penyelidik lain juga tidak terkejut dengan kebolehan wanita itu yang mampu berulang kali berdiri dan duduk di lantai malah dalam sebuah kajian diterbitkan dalam European Journal of Preventive Cardiology menunjukkan bahawa mereka yang tidak mampu melakukan gerakan itu mungkin lebih pendek umur. "Senaman sangat berhubung kait dengan kelangsungan hidup manusia tetapi penelitian kami juga menunjukkan bahawa mempertahankan tingkat kelenturan tubuh yang tinggi, kekuatan otot dan koordinasi tubuh dapat mempengaruhi usia seseorang. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Manfaat lain duduk di atas lantai adalah ia baik untuk keseluruhan struktur tubuh serta menjaga keseimbangan dan mengelakkan seseorang yang sudah berusia mudah jatuh," katanya lagi. Bagaimanapun, itu bukan bererti kita perlu menghabiskan sepanjang masa di atas lantai sebaliknya dalam kehidupan perkara lain seperti aktiviti harian, senaman, pemakanan turut menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!