suria

Kajian mendapati semakin ramai mula abaikan amalan cuci tangan

Mencuci tangan adalah aspek penting dalam mencegah penularan Covid-19.

UMUM mengetahui kerap mencuci tangan adalah salah satu aspek penting untuk mencegah penularan virus covid-19 namun sayangnya, amalan itu semakin dipandang ringan.

Sebelum ini, dalam sebuah kajian pada Jun 2020 yang dilakukan oleh Center for Disease and Prevention Control (CD) Amerika Syarikat mendapati masyarakat di negara itu mencuci tangan dua kali lebih kerap berbanding tahun sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja sedap tapi berkhasiat... Ini 5 jus baik buat pesakit darah tinggi

Bagaimanapun kepatuhan itu hanya bertahan selama beberapa bulan apabila sebuah kajian diterbitkan oleh JAMA Internal Medicine mendapati, amalan mencuci tangan menurun kepada 51.5 peratus termasuk di hospital.

Tidak hanya itu, kajian yang dilakukan pada Januari lalu juga mendapati, hanya 57 peratus orang di Amerika Syarikat mencuci tangan enam kali atau lebih dalam sehari.

Angka tersebut menurun secara signifikan daripada 78 peratus di awal pandemik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Menjaga kebersihan tangan sepatutnya sudah menjadi satu kebiasaan seperti memakai tali pinggang keledar dan memakai pelitup muka," ujar penulis kajian itu Emily Landon seperti dilaporkan CNN.

Sebagai peringatan pada yang sudah lupa, mencuci tangan dapat mencegah penularan Covid-19 atau penyakit berjangkit yang lain.

Cuci tangan selama 20 saat menggunakan sabun sehingga bersih. Gosok bahagian dalam jari dan hujung jari serta tapak tangan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain