suria

Memang seronok ‘layan makan’ di Aidilfitri, tapi pastikan anda ambil kira beberapa perkara penting ini!

Pelbagai makanan ketika Aidilfitri memang menyelerakan tetapi hati-hati ia mungkin membahayakan kesihatan anda.

SETIAP kali tibanya hari raya, mata kita memang akan menjadi rambang dengan pelbagai juadah enak seperti lemang, ketupat, rendang ayam, laksa, kuah lodeh, satay dan sebagainya.

Apatah lagi tahun ini kita meraikan Aidilfitri di rumah, jadi sudah tentunya antara aktiviti utama yang boleh dilakukan adalah makan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan sampai jejaskan emosi! Ini cara ikhlaskan diri walau tak dapat balik kampung sambut Aidilfitri

Dalam kita bergembira menyambut hari raya, kesihatan juga perlu dijaga kerana makan berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit.

Ini termasuk tabiat memanaskan kembali makanan seperti gulai dan rendang yang boleh menyebabkan kandungan garam dan kolesterol di dalamnya meningkat.

Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol memang sedang 'memerhati' mereka yang mengamalkan pemakanan seperti ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Demi mencegah dan mengurangkan pelbagai risiko penyakit, kita disarankan untuk mengawal kuantiti makanan yang dimakan selain mengambil kira bahan digunakan seperti santan, gula, garam dan sebagainya.

Misalnya, kurangkan pengambilan makanan termasuk yang bergoreng dan mempunyai kandungan lemak yang tinggi.

Sebaik-baiknya makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap agar perut tidak terkejut selepas sebulan berpuasa.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain