suria

Tahukah anda ada apa dalam air diminum setiap hari? Kini tidak perlu bimbang lagi, SK magic kan ada...

SK magic sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia untuk minum air bersih dan selamat sepanjang masa.

TAHUKAH anda walaupun air telah dirawat dengan klorin di loji air, kualiti bekalan air yang kita gunakan untuk aktiviti seharian masih belum tentu 100 peratus bersih.

Mana tidaknya kerana sebelum sampai ke rumah anda, ia perlu melalui beberapa saluran paip air yang sudah lama ataupun berkarat.

Karat dan plumbum dari saluran paip yang sudah agak lama dapat menambahkan bahan cemar berbahaya pada bekalan air yang disalurkan ke rumah anda.

Jadi bayangkan kualiti air yang anda akan minum dan gunakan sepanjang masa jika anda tidak mempunyai satu sistem penulenan air 'terakhir' di rumah yang dapat membantu menapis segala kekotoran, bau dan juga bahan-bahan tercemar lain.

Sudah tentu menjijikkan bukan! Keadaan itu pasti mengundang keresahan lebih-lebih lagi bagi anda yang ada anak kecil dan golongan berusia yang tinggal serumah.

Namun seiring peredaran zaman, kewujudan syarikat pengeluar produk penulenan air bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan tentu sekali menyukarkan anda untuk membuat pilihan terbaik.

Usah bimbang, kini diperkenalkan penulen air JIKSOO daripada SK magic, salah satu jenama pengeluar produk penulenan air terkemuka dari Korea Selatan boleh membantu anda membuat pembelian dengan bijak.



SK magic sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia untuk minum air bersih dan selamat sepanjang masa. Namun pembiakan dan pertumbuhan alga seperti (gambar diatas) mempunyai kemungkinan yang tinggi sedang menjejaskan kualiti air yang disalurkan ke rumah kita.

Anda berpeluang merasai sendiri magis kualiti gaya hidup premium menerusi teknologi penulenan air JIKSOO yang hadir bukan sahaja untuk memudahkan tetapi mampu memenuhi keperluan harian.

Apa itu JIKSOO?

*Nama unik JIKSOO ini merupakan teknologi terbaru yang membolehkan air untuk diminum disalurkan secara terus tanpa bertakung di mana-mana tangki. Ia bertepatan dengan perkataan JIK dalam bahasa Korea yang bermaksud sentiasa mengalir, manakala SOO pula bererti air lebih bersih, tulen dan penuh mineral berupaya dihasilkan menerusi produk tersebut.

* Penulen air JIKSOO hadir dengan rekaan kompak yang mesra pengguna sesuai untuk ruang kecil di dapur dan tanpa tangki bagi air panas dan sejuk.

* Cukup sekali sentuh untuk menikmati air bersih dan segar sama ada panas, sejuk atau suhu bilik untuk menjadikan kehidupan penggunanya lebih sihat dan selesa.

* Menariknya, produk tersebut berfungsi di mana air disalurkan ke paip air keluli tahan karat, dibersihkan melalui penapis dan diekstrak untuk diminum tanpa memerlukan tangki air atau bekas menyebabkan proses penulenan itu berlaku dengan cepat.

Sebagai peneraju produk penulenan air tanpa tangki, SK magic komited memenuhi keperluan dan permintaan air bersih untuk rakyat di negara ini.

Teknologi tanpa tangki yang dicipta dengan perlindungan UV mampu mensterilkan 99% mikrob berbahaya setiap dua jam secara automatik.



Baru sahaja dilancarkan, rangkaian JIKSOO telah mengeluarkan sebuah lagi model dikenali sebagai JIKSOO Ria.

JIKSOO Ria menyediakan air yang ditapis dalam tiga tetapan suhu (sejuk, suhu persekitaran, panas) menerusi sistem pemanasan dan penyejukan segera yang canggih.

Selamat untuk kanak-kanak dan mesra pengguna, penapis air ini dilengkapi panel paparan yang direka secara estetik.

Reka bentuknya yang anggun lagi minimalis bukan sahaja membolehkannya berpadan dengan ruang kehidupan bandar yang sempit, tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah anda.

Dilancarkan dengan harga untuk disewa pada kadar pengenalan istimewa hanya RM75 sebulan!



Model JIKSOO Hyper dihasilkan dengan alat keluli tahan karat dan bagi menjamin kualiti air yang bersih dan bebas pencemaran.

Malah sistem penapisan Nano dengan teknologi inovatif SK magic yang terdapat pada produk ini berupaya menapis virus, mikroogranisma dan logam berat sementara hanya membenarkan mineral penting sahaja.

Bagi model JIKSOO Hyper dan Rich, kedua-dua produk ini didatangkan dengan sistem tujuh tetapan suhu bersesuaian dengan kehidupan pada hari ini yang segalanya mahu cepat dan mudah.



JIKSOO Rich memudahkan pengguna mendapat air panas mahupun sejuk berserta ais menerusi sekali sentuh sahaja.

Namun model JIKSOO Rich ada keistimewaan tersendiri apabila berupaya menghasilkan sehingga 5.2 kilogram kiub ais bak kristal sehari.

Kini tiada lagi ais yang dicurigai kebersihannya kerana pensterilan UV ais selama tiga jam menjamin ketulan ais yang bersih dan selamat.

Dengan rekaan eksklusif dan elegan, model JIKSOO Rich berupaya memenuhi keperluan harian anda semudah ABC.

Kini anda mampu merasai kenikmatan air tulen dan bersih penuh mineral sama ada panas, sejuk, suhu bilik dan juga kiub air jernih bak kristal dengan serta-merta!

Dah lah hebat, Jimat Elektrik pulak tu!

Lebih istimewa, semua produk penulen air JIKSOO juga jimat elektrik kerana sistem pemanasan dan penyejukan segera hanya berfungsi apabila air panas atau sejuk dikeluarkan.

Ia juga menggunakan jumlah elektrik yang rendah tidak melebihi 1.2kWh setiap hari, dapat mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 81 peratus lebih rendah daripada jenama lain di pasaran.

Bil elektrik setiap penggunaan juga tidak melebihi 35 sen sehari, di mana pengguna dapat menikmati penjimatan sebanyak 73 peratus!

Lindungilah orang tersayang... sudah tiba masanya untuk katakan 'Goodbye Old, Hello Magic!'. Jadi apa tunggu lagi, rasai sendiri magis produk keluaran SK magic yang pasti akan membuat anda tersenyum.

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.skmagic.com.my/.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain