MATA bertukar menjadi merah adalah gejala utama berlakunya keradangan pada penglihatan. Ia terjadi ketika bahagian mata yang berwarna putih berubah menjadi kemerahan. Masalah ini biasanya bukan keadaan yang perlu dibimbangkan tetapi penderitanya perlu berwaspada sekiranya rasa sakit dan mengganggu penglihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Jagalah kesihatan ketika pandemik! 5 vitamin ini mampu tingkatkan sistem pertahanan tubuh manusia American Academy of Family Physicians melaporkan penyebab mata merah disebakan konjungtivitis selain mata kering, blepharitis, jangkitan kornea, pendarahan subkonjungtiva dan sebagainya. Berikut adalah beberapa cara mengatasi masalah mata merah sesuai dengan penyebabnya. 1. Konjungtivitis Konjungtivitis adalah jangkitan yang memicu rasa gatal dan rengsa pada konjungtiva atau selaput kelopak mata dan bahagian putih mata. Jangkitan ini akan menyebabkan iritasi pada pembuluh darah dan memicu keradangan serta mata bengkak. Keradangan ini yang membuatkan bahagian putih mata menjadi merah. Konjungtivitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau elergi. Penyakit ini boleh menular menerusi kontak langsung atau barang peribadi penderitanya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Selain mata merah, gejala konjungtivitis termasuklah mata gatal, berair, sensitif pada cahaya dan gangguan penglihatan. Bagi mengubatinya, doktor akan memberikan ubat antibiotik dan biasanya ia akan sembuh dalam tempoh beberapa hari. 2. Mata kering Mata kering biasanya disebabkan masalah kesihatan, perubahan hormon atau kesan sampingan penggunaan ubat tertentu. Selain mata merah, gejala mata kering lain boleh menyebabkan mata rasa panas, sakit, berair, pandangan kabur dan mudah penat. Cara mengatasinya adalah dengan menggunakan ubat mata selain pelembap yang disapu sekitar mata serta penggunaan kaca mata dengan pelindungan khas. 3. Blepharitis Blepharitis adalah keradangan kronik di tepi kelopak mata dan doktor biasanya akan membersihkan kelopak mata dengan pembersih selain mengurut kawasan kelopak mata. Apabila kelopak mata sudah dibersihkan, doktor biasanya akan menyapu krim steroid untuk kelopak mata selain memberikan ubat mata, antibiotik. 4. Kornea Biasanya mata merah disebabkan oleh terdapat jangkitan pada kornea disebabkan kecederaan, trauma, jangkitan kuman, mata kering, elergi serta luka pada kornea. Selain mata merah, gejala lain adalah mata menajdi sakit, lebih peka kepada cahaya, mata berair, masalah pengelihatan dan muncul bintik putih dalam kornea. Meskipun ia kedengaran menyakitkan, namun doktor biasanya akan memberikan antibiotik atau anti bakteria untuk membantu meringankan gejala penyakit dan mencegah komplikasi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!