suria

Kenali 14 jenis 'ubat' semula jadi mampu turunkan kadar kolesterol

Kolesterol tinggi dapat meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan kanser.

TERDAPAT pelbagai jenis makanan yang sebenarnya mampu menjadi ubat kepada masalah kolesterol tinggi.

Salah satu makanan yang mampu menurunkan kadar kolesterol seseorang adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.

ARTIKEL BERKAITAN: Jagalah kesihatan ketika pandemik! 5 vitamin ini mampu tingkatkan sistem pertahanan tubuh manusia

Dengan menambahkan makanan ini dalam menu setiap hari, kadar kolesterol seseorang lebih mudah dikawal selain mengurangkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan kanser.

Buah-buahan dan sayur-sayuran juga kaya akan vitamin, mineral, antioksidan yang penting menjaga kesihatan dan mencegah penyakit.

Tidak hanya itu, kedua-dua jenis makanan ini tidak mengandungi lemak dan rendah kalori selain serat yang membantu menghambat penyerapan kolesterol dari usus ke saluran darah.



Sayur-sayuran dan buah-buahan cukup baik dalam mengawal kadar kolesterol.

Secara dasarnya, buah-buahan dan sayur-sayuran baik untuk dimakan tetapi beberapa kajian membuktikan ada jenis tertentu yang efektif menurunkan kolesterol.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Untuk buah-buahan, yang paling baik adalah avocado, epal, anggur, limau, strawberi dan pir, manakala sayuran pula seperti kacang bendi, terung, lobak merah, kentang, kangkung, bayam dan brokoli.

Cara menurunkan kolesterol tinggi dengan buah dan sayuran

Menambahkan buah-buahan dan sayuran dalam pemakanan akan memberi kesan signifikan dalam menurunkan kolesterol tinggi dengan mengambil lima bahagian setiap hari.

Bagi mendapat kesan yang baik, ambil sekitar 80 gram atau segenggam buah atau sayur setiap kali makan dan sebaik-baiknya pilih yang segar dan bukannya sudah diproses.

Jika dibuat sebagai jus, jangan sesekali menambah gula kerana ia akan menghilangkan semua khasiat yang ada pada buah dan sayur.

Paling penting, jangan tinggal ubat yang diberikan doktor selain melakukan senaman secara kerap.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain