suria

Anda pernah alami kegatalan celah kangkang... apa puncanya?

Masalah gatal di celah kangkang adalah perkara biasa dialami oleh kebanyakan orang.

GATAL pada bahagian celah kangkang mungkin adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan orang dan ramai mengabaikannya.

Kegatalan ini yang juga disebut sebagai jock itch atau tinea cruris adalah jangkitan kulat di kawasan kelangkang dikenali sebagai dermatofita.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah lengkap dua dos vaksin, selamatkah kita bersalaman dengan orang lain?

Kulat ini hidup di permukaan kulit termasuk di rambut dan kuku. Kulat ini biasanya tidak berbahaya tetapi dapat berkembang biak dengan cepat dan menyebabkan jangkitan ketika ia dibiarkan berkembang di kawasan yang hangat dan lembab.

Apatah lagi ketika seseorang mengenakan pakaian yang basah dengan peluh selepas bersenam atau bersukan, pendedahan terhadap kelembapan yang lama dapat menyebabkan kulat berkembang biak dengan cepat.



Meskipun tidak merbahaya namun masalah kegatalan ini boleh merebak jika tidak dirawat.

Seseorang boleh terdedah mendapat jangkitan itu melalui kontak rapat dengan orang yang dijangkiti atau melalui pakaian yang tidak dicuci. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Individu yang mempunyai berat badan berlebihan lebih cenderung mengalami kegatalan kerana kulat dapat tumbuh subur di bawah lipatan kulit yang mudah berpeluh.

Sebab itu, ia menjadi gatal dan akan merebak ke kawasan kulit yang lain seperti paha dan punggung.

Jock itch paling senang berlaku kepada golongan remaja lelaki di mana jangkitan tersebut menyebabkan ruam yang gatal atau rasa sensasi terbakar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kawasan yang terkena jangkitan ini juga boleh menjadi merah dan luka. Meskipun gatal, biasanya ia hanyalah jangkitan ringan. Rawatan segera bukan sahaja dapat menghilangkan kulat tetapi mengurangkan gejala dan mencegah ia tersebar lebih luas.



Menjaga kebersihan diri serta memakai pakaian sesuai boleh mencegah masalah kegatalan di celah kangkang.

Gejala

Gejala umum jock itch adalah seperti berikut;

1. Kemerah-merahan

2. Gatal

3. Sensasi terbakar

4. Kulit menggelupas

5. Ruam

6. Perubahan warna kulit di bahagian celah kangkang

Sebagai langkah pencegahan, penting untuk mencuci bahagian celah kangkang dengan sabun dan air setiap hari kerana ia mampu dipicu oleh pendedahan terhadap kelembapan dan geselan pada pakaian dalam tempoh panjang.

Penggunaan krim anti-kulat dia bahagian kelangkang dapat membantu membasmi jangkitan selain mencuci bahagian terkesan dengan sabun dan air suam.

Paling penting, selepas mencuci, keringkan bahagian itu agar tiada kelembapan yang menyebabkan kulat mudah berkembang biak.

Selain itu, individu yang mengalami masalah ini disarankan untuk nmenggantikan pakaian dan seluar dalam dengan lebih kerap dan memakai pakaian yang longgar agar bahagian dijangkiti dapat 'bernafas'.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain