KETIKA seluruh dunia masih berjuang menghapuskan penularan Covid-19, China mengumumkan munculnya virus selesema burung H10N3 yang telah menjangkiti seorang lelaki berusia 41 tahun di engara itu. Virus yang dikesan pada awal Jun ini dipercayai menular daripada burung ke manusia namun tidak berpotensi menyebabkan pandemik seperti Covid-19.ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke ventilator ‘matikan’ pesakit Covid-19? Ini penjelasan sebenar penggunaannya H10N3 merupakan virus selesema burang jenis A yang menjangkiti saluran pernafasan dan pencernaan burung. Virus ini diketahui telah menjangkiti 100 spesies burung liar di seluruh dunia. Menurut data Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikat (CDC), virus ini biasanya tidak menjangkiti manusia namun manusia yang terdedah kepada ai liur, lendir dan najisnya boleh terkena jangkitan itu. Gejala jangkitan virus ini termasuklah demam, batuk, sakit tekat dan sakit sendi. Selain itu, seseorang akan berasa mual, sakit perut, cirit-birit dan sukar bernafas. Sementara itu, menurut pakar kesihatan dari Universiti Kansas, virus ini tidak boleh menular di antara manusia. Ini kerana ia tersebar di antara spesis burung dengan reseptor yang berbeza darripada virus influenza mamalia yang lain. Untuk membolehkan virus itu menular di antara manusia, virus itu perlu beradaptasi dan setakat ini belum berlaku pada virus melibatkan burung. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Berdasarkan laporan Reuters, terdapat pelbagai jenis virus selesema burung di China dan beberapa di antaranya menjangkiti manusia. Biasanya, virus tersebut menjangkiti manusia yang mempunyai kontak langsung dengan burung seperti pekerja ternakan dan sebagainya. Tiada bukti H10N3 dapat tersebar kepada manusia dengan mudah dan kajian serta analisis data genetik virus perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada virus itu pernah wujud atau ia varian baharu daripada virus berbeza. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!